Gadis di hadapannya direnung dengan dahi yang berkerut. Mengapa gadis ini tidak mahu makan? Tadi bukan main lagi lapar dan sekarang makanan sudah terhidang hadapan mata, tak mahu jamah pula. Tangan gadis yang terletak elok di atas meja itu disentuh lembut.
"Kenapa ni sayang? Nak aku suap ke?" Soal Hezrick ingin tahu. Gadis itu menarik kembali tangannya.
"Saya tak puas hatilah..." Kata Mikayla. Pandangannya dilemparkan ke luar cafe. Hezrick menjongketkan sebelah kening.
"Ish awak ni. Dengan perempuan tu awak tak boleh kawal nafsu tapi dengan saya awak boleh pulak. Awak ni memang sengaja, kan?" Mata bundar itu menikam tajam sepasang mata oren kekuningan yang berada di hadapannya.
Hezrick menepuk dahinya sendiri, tidak habis lagikah tentang hal semalam? Anak mata Mikayla direnung dalam-dalam, senyuman nakal terukir di bibir nipisnya.
"Kalau macam tu, cancellah flight kejap lagi,"
"Mana boleh macam tu, esok saya ada kelaslah..." Mikayla sedikit tidak berpuas hati. Apa masalah lelaki ini tiba-tiba sahaja membuat keputusan sebegitu?
"Kalau rasa tak nak anak dalam masa yang terdekat ni, jangan cakap tentang tu lagi okay sayang?" Jelingan Mikayla membuatkan Hezrick ketawa besar.
"Saya lapar..."
"Sinilah aku suap, rindu nak manja-manja dengan aku ya?" Hezrick berpindah ke kerusi di sebelah Mikayla.
Mikayla tersenyum manis melihat Hezrick yang begitu baik dengannya walaupun cara yang digunakan agak kasar. Adakah lelaki ini memang ditakdirkan untuknya?
Rasa sakit yang ditanggungnya selama ini juga sudah beransur pulih dan rasa itu digantikan pula dengan satu rasa yang lain iaitu rasa cinta terhadap lelaki ini semakin utuh.
Kaki dihayunkan ke depan dan ke belakang. Kepala ditunduk. Keluhan kecil dilepaskan. Kerusi yang tinggi ini mengapungkan kakinya untuk bebas berhayun. Memikirkan tentang sesuatu yang penting ini benar-benar menyakitkan kepala otak!
Wajah pucat Enrique yang tidak sedarkan diri di atas katil hospital terletak tidak jauh dari tempat duduknya direnung dengan renungan redup, apa sebenarnya jenis penyakit yang dihidapi lelaki ini? Mengapa hanya dia seorang sahaja seperti tidak tahu apa-apa mengenai hal ini?
Sudah dua hari dia mencari keberadaan Enrique tetapi tiada tanda-tanda yang lelaki itu akan balik ke rumah dalam masa yang terdekat. Terima sahaja panggilan dari Firaz yang mengatakan Enrique berada di hospital, dia terus datang ke sini.
Dia bangun dari kerusi sebelum kakinya diaturkan meluru ke arah Enrique. Wajah pucat milik Enrique direnung dalam-dalam, cuba mencari punca penyakit yang dihidapi lelaki itu.
"Kau sakit apa huh setan?" Soal Herith kepada Enrique yang masih lena.
"Hey setan, bangunlah! Aku tanya ni kau sakit apa? Kenapa Firaz, Fred, Ricky semua susah nak jawab soalan aku ni?" Herith menolak-nolak tubuh Enrique bagi menyedarkan lelaki itu.
Enrique mencelik matanya secara perlahan-lahan setelah merasakan tubuhnya digoncang hebat oleh Herith, menganggu saja kerja si anjing ini.
Mata Herith membulat besar sebaik sahaja renungan mereka bersambung tepat.
"Tak mati lagi rupanya!" Jerit Herith kuat.
"Aku tidur pun nak kacau ke? Aku tengah rehat ni," kata Enrique lemah sebelum tubuhnya diiringkan ke tepi membelakangi Herith.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...