Bab 68

6.1K 329 30
                                    

     Seiringan dengan ketawa itu, topeng getah yang melekat di wajahnya ditarik kasar. Susah untuknya mempermainkan The Demonio Dentro kerana mereka semua begitu bijak dan licik.

     Topeng itu dilempar lalu mendarat tepat di hadapan kaki Puan Qamaria. Wajahnya yang sebenar mempunyai tattoo berbentuk diamond berwarna merah hati menunjukkan dia adalah sebahagian daripada ahli sebuah kumpulan kongsi gelap Mabruce Lee!

     "Oh orang tua ni rupanya. Kenal-kenal. Ada sesiapa yang tak perasan kulit silikon dengan suara Encik Anuar yang tak sama langsung ke?" Herith memandang mereka bersilih ganti.

     Puan Qamaria terus jatuh pengsan di atas lantai. Dia begitu terkejut melihat lelaki yang menyamar sebagai suaminya. Begitu tidak disangka hal seperti ini akan terjadi!

     "Ibu!" Mikayla melutut di atas lantai menggoncang-goncang tubuh Puan Qamaria yang sudah terbaring kaku.

     Tet! Tet! Tet!

     Jam tangan Enrique berbunyi memberi amaran polis akan tiba dalam masa terdekat. Hezrick memberi arahan pada Zack untuk mengangkat tubuh Puan Qamaria memasuki kereta.

     Hezrick pantas menembak kaki Mabruce Lee yang ingin melarikan diri. Lelaki tua itu jatuh tersungkur di atas lantai namun masih berusaha sedaya upaya untuk bangun dan bergerak keluar dari rumah.

      Pak!

     Wajah lelaki itu disepak Freddy sehingga terandas ke belakang. Darah yang pekat mula keluar dari hidung lalu menitik di atas lantai. Enrique duduk bercangkung di hadapan wajah lelaki tua yang nampak lemah itu.

     "Kalau dah sedar yang diri tu tua bangka, lemah, cara nak guna akal pun dah lupa dan tulang-temulang semua dah rapuh bawak-bawaklah bertaubat, apalah kau! Aku ni jenis hormat orang tua tapi bila dengan kau? Tengok muka je aku rasa nak maki, tahu tak?!" bebel Enrique panjang lebar. Dahi anak buah Mabruce Lee itu ditunjal geram.

     Lelaki itu hanya diam duduk dan bersandar lemah pada dinding. Tangannya memegang hidung yang mengeluarkan darah.

     "Kau dengar tak? Haih kau ni, dahlah bodoh lepas tu pekak pulak, bala sungguh!" Enrique berdiri sebelum kakinya dilayangkan mengenai perut lelaki itu.

     "Sudah-sudah. Belasah dekat lainlah. Polis dah dekat..." Hezrick bertindak mengheret tubuh lelaki tua itu keluar dari rumah.

     Enrique yang sudah berada di dalam kereta menekan pedal minyak tanpa melepaskan handbreak. Kereta itu berbunyi kuat.

     Vroom! Vroom!

     Senyuman jahat terukir di bibirnya sebaik sahaja melihat tubuh anak buah musuhnya berada di tengah-tengah jalan. Nampaknya lelaki itu sedang mengesot untuk ke sisi jalan.

     "Enrique, no!" Freddy mengangkat sebelah tangannya mengarahkan Enrique berhenti. Dia seperti dapat membaca apa yang hendak dilakukan lelaki itu. 

     Handbreak diturunkan, kereta itu terus bergerak dengan tahap kelajuan tinggi. Kedua-dua belah kaki lelaki itu dilanggar tanpa rasa belas kasihan.

     "Oh shit!" carut Herith sambil menutup wajahnya.

     "Relaks bro, aku tak langgar dia punlah hahahah... Kenapa nak takut sangat?" Enrique mentertawakan Herith yang masih berdiri dengan wajah yang ditutup menggunakan tapak tangan.

     "Tipu! Aku nampak badan dia bergerak tadi!" jerit Herith.

     "Hahahahaha bodohnyalah budak mafia ni. Masuk cepat!" Enrique terus menaikkan tingkap kereta tanpa menunggu balasan dari Herith.

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Where stories live. Discover now