Pinggan dibasuh sebelum disusun di atas rak sisi singki. Mikayla terasa dirinya sedang diperhatikan. Wajahnya dipalingkan ke belakang, hanya dia seorang berada di ruang dapur itu.
Selesai membasuh, langkah terus diatur laju menuju ke ruang tamu. Tiba di tangga, seluruh lampu rumah itu terpadam.
Langkahnya terhenti. Jantungnya bekerja semakin laju. Kedengaran bunyi jeritan nyaring Ferliy dari atas seiringan dengan tangannya yang tiba-tiba dipegang seseorang.
Baru sahaja dia ingin menjerit, mulutnya ditekup kasar. Siren rumah mula berbunyi kuat dan membingitkan. Mikayla meronta-ronta apabila lelaki itu mula menarik tubuhnya ke belakang.
"Hmph! Hmph!" Cengkaman pada tangannya terasa semakin kuat apabila dia cuba memanggil Hezrick.
Lampu kembali terpasang dan siren juga sudah tidak lagi kedengaran. Mikayla membulatkan mata melihat dua orang lelaki yang berdiri di hadapan manakala seorang lagi sedang menekup mulutnya dari belakang. Rembesan air mata semakin laju mengalir. Di mana Hezrick?
"Ehem."
Semua menoleh ke arah bunyi deheman itu. Kelihatan Hezrick sedang berdiri sambil bersandar pada pintu.
Tubuh Mikayla semakin ditarik ke belakang. Dua orang lagi menuju ke hadapan untuk menghalang Hezrick daripada menyelamatkan isterinya.
"Lepaskan bini aku," arah Hezrick tenang. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.
Salah seorang daripada mereka mula membuka kekuda dan bersedia untuk berlawan dengan lelaki itu.
Hezrick merengus. Wajah merah Mikayla direnung lama sebelum dia membetulkan cara berdiri sambil merenggangkan kepala ke kiri dan ke kanan.
"Kat mana-mana pun aku boleh lawan tapi tolong jangan pecahkan barang rumah ni." Hezrick terus melayangkan tumbukan pada lelaki yang paling hampir dengannya namun sempat ditepis dengan baik.
"Okey mulakan." Hezrick pula menunggu serangan musuh.
Tanpa bercakap banyak, musuh terus melayangkan kaki kanan dengan gerakan 360 darjah. Hezrick memegang kaki lelaki itu lalu terus ditolaknya ke arah musuh yang berada di belakang. Kedua mereka terandas dan jatuh menghempap sebuah kerusi rehat.
"Woo lagi-lagi." Herith yang sedang mengunyah biskut coklat menjadi penonton aksi itu.
Lelaki itu sedang elok berdiri di sebelah Mikayla bersama seorang lagi musuh yang sedang memegang gadis itu. Lelaki yang memegang Mikayla terus menoleh ke arah Herith bersama riak kehairanan.
"Kau tak takut mati ke? Ricky tu bahaya tau, lebih baik kau lepaskan bini dia sebelum dia mengamuk. Nampak macam dah melebih je peluk bini dia dari belakang. Aku yang adik ipar dia ni nak pandang sikit pun kena marah," ujar Herith bernada biasa. Matanya masih melekat pada Hezrick yang sedang membahan kedua-dua musuh.
Lelaki itu mengeluarkan pisau kecil. Mata tajam pisau dihalakan mengenai leher Mikayla yang berlapikkan kain tudung. Tubuh Mikayla mengeras ketakutan. Dia dapat merasakan mata pisau itu akan mengelar lehernya jika dia bergerak seinchi.
"Bos kau nak dia hidup kan? Bangangnya tak patuh arahan boss, tch tch tch..." Herith menggeleng kecil merenung wajah lelaki itu.
"Hmph!" Mikayla berusaha untuk meloloskan diri namun mata pisau semakin rapat ditekan pada kulitnya.
Herith mengerutkan dahi mendengar erangan Mikayla. Kakak iparnya sedang sakitkah?

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Acción[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...