Bab 35

7.7K 368 32
                                    

     Permukaan meja kerja diketuk-ketuk menggunakan pembaris yang panjang. Mata merenung kosong ke hadapan. Hanya jasadnya berada di situ manakala fikiran melayang jauh memikirkan tentang gadis kesayangannya.

     Sudah tiga hari dia berdiam diri dan tidak berjumpa Mikayla. Bukan kerana dia ingin meninggalkan gadis itu, cuma dirinya perlu ditenangkan terlebih dahulu.

     "Bro, kau okey tak?" Herith melabuhkan punggungnya di kerusi bertentangan Hezrick.

     Hezrick hanya mengangguk perlahan tanpa membalas renungan adiknya. Herith menekan-nekan skrin telefon bimbit. Kamera dibuka sebelum telefon bimbitnya itu diangkat.

     "Kau buat apa bodoh?" Soal Hezrick. Herith melepaskan tawa melihat gambar Hezrick yang diambilnya tadi.

     "Tangkap gambar then send pada Fred, suruh dia bagi Kayla tengok." Jawab Herith bersama senyuman sambil menekan-nekan skrin telefon itu.

     "Snaplah yang smart sikit. Tunjuk dekat dia yang aku ni boleh hidup tanpa dia." 

     "Serabai dah macam orang kena sawan babi lepas tu nak berlakon boleh hidup tanpa dia, puih pergi mampuslah." Kata Herith sinis.

     "Muka aku memang nampak macam tu ke?"

     "Muka kau dah nampak tua. Mungkin sebab kau selalu marah-marah. Aku yang baik ni pun selalu kena marah, apa lagi Enrique dengan Fred yang jauh lebih baik daripada aku tu." Herith memalingkan wajahnya ke arah pintu bilik pejabat yang diketuk seseorang.

     "Come in." Kata Hezrick.

     Matanya membulat besar melihat si gerangan yang melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Herith pula mengerutkan dahi.

     "Dari alam mana you datang ni? Dah tak ada tempat lain ke? I nak bermesra lama-lama dengan abang I pun tak boleh." Herith menjeling tajam wajah gadis itu.

     "Saya nak bercakap dengan Ricky. Berdua." Pinta Mikayla lembut. Perkataan 'berdua' sengaja ditekankan agar Herith memahami maksudnya.

     "Tak boleh. Nanti jadi maksiat. Haram berdua-duaan dalam bilik." Kata Herith bersahaja.

     "Kalau macam tu, awak duduk dekat sana. Saya ada hal penting nak cakap pada Ricky," Mikayla menunding jarinya ke arah sebuah sofa yang agak jauh dari meja kerja Hezrick.

     "Kenapa I tak boleh dengar cerita you? You pregnant macam Ferliy jugak? Atau Ricky tak bayar you minggu lepas?" Soal Herith sinis.

     "Apa kau merepek? Bayar apa ni?" Dahi Hezrick berkerut memandang riak biasa adiknya.

     "Oh you tak cerita pada Ricky? You tidur dengan lelaki mana minggu lepas?" Herith mengecilkan matanya memandang Mikayla.

     "Apa yang awak cakapkan ni? Jangan fitnah-fitnah saya boleh tak? Ricky awak fitnah dan saya pun awak nak fitnah jugak?" Dengan berani Mikayla membalas kata-kata Herith. Lelaki itu semakin melampau dalam berkata-kata.

     "Masa bila I fitnah you dengan Ricky? Fikir I tak ada kerja lain ke??" Herith masih tidak mahu mengalah.

     "Ada! Awak selalu cakap Ricky bersama perempuan lain tapi sebenarnya awak tipu! Dan sekarang awak nak cakap saya bersama lelaki lain pulak?!" Mikayla menunding jarinya tepat di hadapan wajah Herith. Sudah tidak mampu untuk bertenang sekiranya melibatkan seekor syaitan di hadapannya itu.

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Where stories live. Discover now