Bab 60

7.4K 352 46
                                    

     Dua minggu kemudian...

     Langkahnya terhenti setelah terdengar sesuatu di belakang rumah. Bunyi itu seakan lagaan besi.

     Krak! Tang! Tang!

     Dia memberanikan diri untuk menghampiri pintu dapur.

     Kang!

     Bunyi besi terjatuh di atas lantai membuatkan mata Mikayla membulat besar. Dadanya dipegang. Setahunya, tiada sesiapa yang keluar pada waktu ini.

     Tubuhnya dipalingkan sebelum dia berlari anak menuju ke tangga.

     "Abang!" Panggilnya sambil menolak pintu bilik.

     "Ya sayang? Tidurlah dulu. Yang terakhir dah ni," kata Hezrick sambil menekan-nekan keyboard.

     "Ada orang kat belakang rumah." Mikayla menarik lengan suaminya.

     "Kucing liar tengah cari makanlah tu..."

     "Tapi bunyi macam orang ketuk besi. Sumpah saya dengar. Abang boleh buka cctv kalau tak percaya." Lengan suaminya masih tidak dilepaskan.

     Hezrick terus membuka rakaman semasa kamera litar tertutup di bahagian belakang rumah. Hanya lampu yang menerangi ruang itu, tiada tanda-tanda musuh memasuki kawasan rumah mereka. Bebola matanya diputarkan ke arah Mikayla.

     "Kalau ada musuh, siren rumah ni berbunyi tau sayang. Lagipun siapalah yang bodoh sangat nak masuk dalam kawasan maut ni?"

     Mikayla terdiam. Ada betul juga kata-kata suaminya. Pasti Enrique atau Herith akan tahu terlebih dahulu. Tetapi apa sebenarnya yang dia dengar sebentar tadi?

     "Saya tak puas hati. Jomlah pergi tengok." Mikayla menarik kedua-dua lengan Hezrick namun lelaki itu langsung tidak berganjak.

     "Jangan risau, abang suruh anjing liar abang pergi tengokkan untuk kita."

     Nombor Enrique didail tetapi tidak aktif. Tangannya menekan-nekan pula nombor telefon lain, juga tidak aktif.

     "Mana si bodoh bodoh ni pergi?" soal Hezrick kasar.

     "Fred dengan Herith main game dekat ruang tamu," jawab Mikayla.

     "Dua orang lagi?"

     "Manalah saya tahu. Semalam awak yang suruh saya beritahu segala benda pelik yang saya nampak atau dengar dan sekarang awak bagi alasan pula pada saya, dasar penakut!" Mikayla berura-ura untuk beredar dari situ.

     "Kau cakap aku apa? Penakut? Nak kena ni..." Belum sempat Hezrick menggeletek pinggang Mikayla, dahinya berkerut mendengar sesuatu.

     Kang! Tang!

     Bunyi pelik yang kedengaran kuat itu membuatkan Mikayla terus memeluk tubuh suaminya.

     "Aku pergi tengok, kau tunggu sini dulu."

     "Saya nak ikut..." Mikayla memegang belakang baju Hezrick.

     Pintu dapur ditolak. Mikayla yang berjalan di belakangnya dipegang kemas. Risau sekiranya ini adalah helah musuh untuk menculik gadis itu.

     Kawasan belakang rumah itu sama seperti di dalam rakaman kamera litar tertutup tadi. Tiada apa-apa yang mencurigakan.

     Mikayla merasakan bahunya dicuit. Apabila dia menoleh ke belakang, tiada sesiapa. Jaraknya dengan Hezrick dirapatkan. Sekali lagi bahunya dicuit membuatkan dia terus menjerit lalu memeluk erat belakang tubuh suaminya.

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Where stories live. Discover now