Isyarat tangan 'jom' ditunjukkan kepada Enrique, Herith dan Freddy. Pada malam ini, mereka semua perlu melakukan tugasan yang telah sekian lama mereka tinggal, malam ini akan menjadi malam permulaan bagi mereka berempat setelah Enrique berjaya memperolehi segala informasi tentang markas ini.
"Tempat buruk. Tak ada yang selesa sikit ke? Apa yang low taste sangat tuan rumah ni?" Kata Herith sambil menggaru-garu lengannya yang terkena gigitan nyamuk.
"Diam sial. Kau jangan nak buat masalah malam ni." Hezrick menunding jari telunjuknya tepat pada wajah Herith.
"Kau patut risaukan dia," Herith menjuihkan bibirnya ke arah Enrique yang sedang bernyanyi kecil. Nada yang digunakan lelaki itu kedengaran semakin kuat.
"Kalau barang aku boek, aku mantul! Aku ada flight tank sentiasa full! Aku ada kick gila-gila memang goal! Acara ku lain bukan internet troll, okay dengar... arghh!" Belum sempat dia menghabiskan lagu yang bertajuk 'Ha Tepok' nyanyian Meerfly, Kidd Santhe dan Mk, kepalanya diketuk Hezrick.
"Bising setan. Nyanyi dekat rumah sudahlah." Marah Hezrick. Enrique menjeling lelaki itu sebelum dia membuka langkah berpatah balik.
"Aik? Nak gi mana pulak?" Soal Herith bersama dahi yang berkerut melihat Enrique.
"Aku nak balik dan bernyanyi dekat rumah, abang kau suruh, cau." Enrique meneruskan langkah ke hadapan tanpa menunggu balasan daripada mereka bertiga. Freddy menarik kuat belakang baju Enrique.
"Jangan nak mengada, jalan cepat." Freddy menolak kasar belakang tubuh Enrique mendorong lelaki itu bergerak ke hadapan.
"Kau orang ni buat kerja jahat pun nak ajak aku. Aku nilah manusia paling baik tak membunuh, merompak, mencuri dan paling penting aku tak mengedar dadah," omel Enrique sendiri, kakinya tetap melangkah ke hadapan.
"Benda yang dia sebut tulah perangai dia yang sebenar." Freddy menjulingkan bebola matanya ke atas mendengar omelan bodoh Enrique.
Langkah Enrique terhenti secara mengejut membuatkan Herith tertolak belakang tubuhnya sebelum mereka berdua terjatuh di atas rumput.
"Kau apahal tolak-tolak aku?!" Enrique menolak kasar tubuh Herith yang begitu hampir dengannya.
"Kau tu apahal berhenti tak bagi lampu merah? Dah rosak ke lampu break kau ni?" Herith menepuk kuat punggung Enrique.
Sepasang mata Enrique menikam tajam wajah Herith, pantang betul dengan orang yang main sentuh-sentuh punggung mahalnya ini. Lama mereka melawan mata seperti itu dan akhirnya...
Pang!
Enrique menampar kuat wajah Herith sebelum dia bangun kemudian berlari ke arah belakang rumah sasaran mereka. Herith merengus kasar kerana tidak sempat menangkap lelaki gila itu. Kau tunggulah nanti sial!
Hezrick menghulurkan tangannya ke arah Herith bagi mengangkat lelaki itu, Herith menyambut tanpa banyak bunyi.
"Aku pesan lagi sekali, jangan buat hal," pesan Hezrick sebelum dia melangkah mendahului Freddy dan Herith.
Herith mengangkat simbol 'OK' bersama senyuman manis yang dibuat-buat. Jangan haraplah dia akan mengalah dengan Enrique sial itu kali ini.
"Bodohnyalah. Senang sangat sistem yang dia guna, tak up to date langsung," kata Enrique sambil menekan-nekan kata kunci pada sebuah alat keselamatan di pintu masuk rumah itu.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...