Bab 66

6K 336 22
                                    

     Seketul batu bersaiz sederhana besar dilempar Herith ke dalam sungai. Lelaki itu mula bosan. Sudah lebih 30 minit mereka berada di dalam hutan belakang rumah moyang Zack bagi mencari barang yang telah disembunyikan mereka beberapa bulan lepas.

     Amira dan Mikayla turut serta memasuki hutan walaupun telah dilarang dan ditakut-takutkan dengan pelbagai jenis haiwan liar yang berada di dalam hutan ini.

     Mereka semua menoleh ke arah Herith yang memanggil. Lelaki itu ingin menunjuk sesuatu. Hezrick pantas menarik lengan isterinya meluru ke arah Herith.

     "Tengok ni." Herith menunjuk ke arah akar pokok kayu yang menjalar.

     Apa yang ditunjuk benar-benar merosakkan mood Hezrick. Bukan benda ini yang mereka cari. Herith bercangkung di hadapan 'benda' yang ditunjuknya tadi.

     Pak!

     Hezrick memukul kepala Herith membuatkan lelaki itu hampir jatuh tersembam di atas tanah, hampir saja. Enrique menjeling wajah Hezrick, tangannya menggosok-gosok kepala Herith yang sakit.

     "Kesian dia. Kau sebagai abang perlu ajar adik kau dengan cara yang macam ni." Enrique terus memukul kepala Herith di tempat yang sama. 

     Pak!

     "Pukulan kasih sayang dari aku ni akan mencerahkan lagi otak kau yang gelap dan kelam tu. Jom ikut aku pergi sana." Enrique menarik lengan Herith yang hanya diam menerima pukulan tersebut.

     "Kau sorok kat mana sebenarnya? Macam tak ada benda je kat sini." Freddy menghela nafas kasar. Penat!

     "Aku tak ingat kat mana tapi betullah belakang rumah moyang aku ni," ujar Zack bernada biasa. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu.

     "Buat penat je cari benda yang tak tahu letak kat mana. Cuti-cuti ni tidur lagi bagus." Freddy menyepak batu di atas tanah. 

     Hezrick menoleh ke arah Mikayla yang sedang bergelak tawa bersama Amira. Matanya dikecilkan setelah melihat gadis itu mula melangkah. 

     "Woi woi jangan buat-buat berani nak pergi jauh dari aku." Hezrick mengingatkan gadis itu.

     Mikayla mencebik. Wajahnya menunduk memandang kaki yang tersepak sebuah kotak besi kecil. Kecil sahaja kotak itu, lebih kurang besar kotak baldu cincin tetapi jenis besi. Dia mengambil kotak besi itu untuk dilihat dengan lebih jelas.

     "Apa benda pulak yang kau pegang tu?" soal Freddy pada Enrique yang sedang duduk bercangkung di atas rumput.

     "Alat pengesanlah. Kita hidup di zaman moden sekarang ni. Teknologi tu penting untuk kita manfaatkan sebaiknya. Orang otak sempit macam Ricky je tak fikir luar kotak." Enrique menjawab dalam pada masa yang sama, dia sempat mengutuk Hezrick.

     "Asal kau tak cakap awal-awal yang kau ada alat tu? Menyusahkan betullah. Dah tahu otak tu lembab, tanam lagi merata-rata tanpa letak apa-apa tanda. Penat betul buat kerja macam ni. Dengan lensnya semua tak pakai, semaklah!" Freddy melabuhkan punggungnya di atas sebatang pokok tumbang. 

     "Yelah kita orang kan lembab macam lembu. Kau je yang laju macam kilat." Herith menarik riak menyampah.

     "Aku penat nak dengar benda-benda bodoh yang datang dari mulut dan kepala otak kau. Bagi akulah buat!" Freddy merampas alat pengesan berbentuk telefon bimbit itu sebelum dia berjalan melintasi Hezrick dan Mikayla untuk mengesan di kawasan lain.

     Tet! Tet! Tet! Tet! Tet!

     Bunyi dari alat pengesan itu membuatkan mereka terdiam. Freddy berhenti berjalan, dia berundur selangkah demi selangkah. Bunyi itu kedengaran semakin laju.

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Where stories live. Discover now