Bab 16

11.5K 466 30
                                    

     Telefon bimbitnya berdering kuat, Mikayla yang baru bersiap terus mencapai telefon bimbit miliknya itu. Dahinya berkerut melihat private number yang tertera di skrin.

     Teragak-agak dia menjawab panggilan tersebut, risau tercetusnya perbalahan seperti malam semalam. Hezrick tidak habis-habis hendak mengawal hidupnya. Semua gerak-geri yang dilakukan perlu dimaklumkan pada Hezrick terlebih dahulu termasuklah mengangkat call di telefon. Mengapa ya?

     "Kau dah siap?"

     "Sa... saya dah, Amira je belum," jawab Mikayla tergagap-gagap. Dia sangat mengenali suara Hezrick.

     "Aku hantar kau dengan Amira pergi kolej hari ni, aku tunggu dekat parking."

     "Aik? Bukannya awak cakap ada meeting ke pagi ni?" Dahi Mikayla berkerut. Semalam cakap lain, hari ni lain pula yang jadinya.

     "Bukannya tiga hari tiga malam pun hantar kau dua orang dua, cepat sikit." Kata Hezrick sebelum talian diputuskan.

     "Selamat pagi awak," sapa Mikayla mesra setelah melihat kelibat Amira yang sedang menutup pintu bilik.

     Sapaan Mikayla diendahkan, gadis itu terus meluru ke arah ruang tamu sebelum punggungnya dilabuhkan ke atas sofa. Wajah Amira nampak muram saja seperti gadis itu sedang menanggung beribu-ribu beban masalah.

     "Amira, awak okay?"

     Amira menggeleng perlahan-lahan.

     "Tak nak share dengan saya?" Mikayla mula mengambil tempat di sebelah Amira.

     Dengan mata yang berkaca-kaca dia membalas renungan Mikayla sebelum tubuh gadis itu dipeluk erat. Mikayla tergamam mendengar esakan dari Amira, sebelum ini dia langsung tidak pernah melihat atau mendengar gadis itu menangis mahupun bersedih.

     "Awak kenapa ni Amira?" Mikayla mula risau. Belakang tubuh Amira diusap lembut.

     "Zack... Zack isk... ad... ada perempuan lain..." Jawab Amira dengan esak tangisannya yang semakin kuat.

     "Awak ada bukti?"

     Tanpa banyak kata, Amira terus menekan-nekan telefon bimbit bagi menunjukkan gambar yang baru saja diterimanya daripada nombor yang tidak dikenali sebentar tadi. Mata Mikayla membulat besar melihat gambar seorang lelaki dan juga seorang wanita sedang tidur dalam keadaan berpelukan terpapar. Lelaki itu adalah Zack!

     "Kenapa dia buat saya macam ni Kayla?" Amira menekup wajahnya menggunakan kedua-dua belah tapak tangan.

     Mikayla sudah tidak tahu ingin berkata apa, sungguh dia tidak sangka Zack adalah seorang playboy! Tangannya menarik lengan Amira ke bawah, air mata gadis itu diseka lembut.

     Pertama kali dia melihat gadis ini menangis selama mereka bersahabat. Di luar nampak ganas serta mempunyai keyakinan yang tinggi, tetapi di dalam? Hanya dirinya saja yang tahu.

     "Jangan menangis lagi, awak perlu berbincang dengan dia sebaik mungkin tentang hal ni..." Mikayla cuba memujuk sahabatnya.

     "Dia tak patut buat saya macam ni, saya benci dan menyesal kenal dengan Zack..." Amira menunduk.

     "Dah, okay? Jangan serabutkan kepala, tak cantiklah sedih-sedih macam ni, kan first day kita pergi kolej. Hezrick dah tunggu kita kat bawah..." Mikayla mengusap belakang bahu Amira.

     "Baguslah, boleh saya kirim semua barang-barang yang Zack beri pada saya." Amira terus bangun menuju ke bilik.

     Beg tangan, minyak wangi, kipas kecil, rantai serta cincin yang diberi Zack diletakkan ke dalam kotak. Dia akan melupakan lelaki itu, mana mungkin dia ingin membina kehidupan bersama seorang buaya darat? Dia tidak mahu menanggung sebarang risiko di masa hadapan.

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang