Hezrick meraup wajah. Sungguh dia tidak mengerti tentang apa yang bermain-main di dalam fikiran Mikayla. Gadis itu masih tidak berhenti menangis.
Bahu gadis itu disentuh buat kali ketiga. Mikayla masih menepis kuat membuatkan Hezrick merengus kasar. Apa yang gadis ini inginkan? Beginikah tingkah laku seorang isteri pada malam pertama mereka?
Dua hari lepas Mikayla menginginkan anak sehingga sanggup melakukannya dengan cara yang haram. Apabila sudah halal begini, gadis itu menolak pula.
Punggungnya dilabuhkan di hadapan Mikayla yang duduk di atas lantai.
"Jangan dekat dengan saya... Isk..." Mikayla mengesot menjauhi Hezrick. Kedua-dua belah lututnya dipeluk erat.
"Apa sebenarnya masalah kau ni?"
"Jangan Ricky... Jangan dekat dengan saya!"
Dia pantas merangkak menuju ke pintu bilik sebaik sahaja melihat tangan Hezrick ingin menyentuhnya. Hezrick sempat menarik kaki kiri Mikayla.
"Jangan sentuh saya! Saya tak nak!" Mikayla menggeleng pantas.
Hezrick masih tidak melepaskan kaki gadis itu. Wajah kemerahan Mikayla direnung, cuba untuk membaca tindakan seterusnya.
Sekelip mata tangannya ditendang kaki kanan Mikayla sebelum gadis itu bangun dan berlari ke arah pintu.
"Jangan Kayla." Hezrick bangun dengan pantas lengan Mikayla dipegang erat.
Tubuh Mikayla terkaku merasakan lengan Hezrick melingkari pinggangnya. Air mata yang masih mengalir dibiarkan.
"Shhh.. Aku penat sekarang tapi aku tak boleh tidur selagi isteri aku tak berhenti menangis," kata Hezrick lembut.
"Malam ni saya nak tidur dengan Amira..." pinta Mikayla perlahan.
"No... Tidur dengan aku. Aku janji tak buat apa-apa..."
Dia tidak kisah sekiranya gadis ini tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, perlukah menangis tanpa henti seperti tadi?
"Jom..." Hezrick menarik lengan Mikayla mendorong gadis itu mengekorinya ke katil.
Hezrick melabuhkan punggungnya ke atas birai katil. Wajah sembab Mikayla direnung sebelum dia tersenyum kecil.
"Dah macam budak-budak kau ni. Menangis tak tentu pasal. Cuba relaks sikit. Benda boleh bincang kan?"
Rasa kelakar pula teringatkan hal tadi. Apalah isterinya ini, takut sangat.
Mikayla masih diam berdiri di sisi katil sambil memandang wajah suaminya.
"Tak nak percaya aku lagi? Yelah aku tidur dulu... Good night my lovely wife..." Hezrick mengucup lembut belakang tapak tangan Mikayla sebelum tubuhnya direbahkan ke atas katil.
Jantungnya berdetak laju setiap kali lelaki itu merenungnya. Hatinya tiba-tiba berasa resah dan gelisah seperti ada sesuatu yang akan terjadi selepas ini.
Tubuhnya direbahkan ke sebelah Hezrick. Dia mengiring menghadap lelaki itu.
Wajah Hezrick direnung sehingga lelaki itu mencelik mata. Cepat-cepat dia bergerak membelakangi Hezrick. Tertangkap pula!
Dia merasakan tilam bergerak-gerak. Tubuhnya dipeluk dari belakang.
"Aku peluk sikit je takkan nak marah jugak kut?" soal Hezrick membuatkan mata Mikayla terpejam rapat.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...