Bab 44

7.5K 348 31
                                    

     "Kau yang jual takkan kau tak ada penawar?" soal Hezrick berwajah tegang. 

     Enrique hanya menggeleng kecil. 

     "Aku tak tahu nak gelak ke sedih sekarang ni..." Hezrick meramas kasar rambutnya. Serabut!

     "Gelak jelah. Benda dah jadi pun kan?" kata Herith bersahaja. 

     Sepasang mata milik Hezrick menikam tajam wajah Herith sebelum satu tumbukan dilayang tepat mengenai pipi kanan lelaki itu.

     Buk!

     "Kau sentuh muka aku lagi?!" Herith memegang pipi kanannya yang terasa perit. Nasib baik dia tidak jatuh tersembam seperti tadi. 

     "Tu baru sikit, kau patut kena lebih lagi," Hezrick mencekak kolar leher Herith.

     Firaz bertindak menahan tangan Hezrick. Jika dibiarkan, pasti ada muncung pisau yang tercucuk masuk ke dada salah seorang daripada adik-beradik itu.

     "Relaks bro, Kayla kena pergi sekarang. Kesan dadah tu memang merbahaya untuk dia," ujar Firaz. 

     "Jangan nak merepek. Dia akan tinggal kat sini sampai aku okey." Putus Hezrick.

     "Tapi saya nak balik rumah ayah, ibu saya sakit," celah Mikayla secara tiba-tiba sambil melangkah masuk ke ruang dapur itu.

     Semua menoleh ke arah Mikayla. Herith dan Firaz membulatkan mata melihat keadaan Mikayla manakala Enrique hanya menayangkan riak kosong.

     "What?!" Hezrick seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

     "Kau nak pergi dalam keadaan yang lebam-lebam macam ni?" Enrique mengangkat kening. 

     Mikayla mengangguk perlahan, dia sudah memiliki alasan yang akan diberikan kepada ibu dan ayahnya.

     "Warna lebam cepat pudar, luka jelah lambat sikit... Dalam jugak ni..." kata Firaz sambil meneliti luka pada lengan gadis itu. 

     "Boleh pergi sekarang?" Soalan Mikayla membuatkan Hezrick menghela nafas panjang. Nampaknya gadis ini benar-benar marah terhadapnya.

     "Okey jom." Enrique melangkah pergi. 

     Perlahan-lahan Mikayla membontoti Enrique namun langkahnya terhenti setelah mendengar luahan ketidakpuasan hati Hezrick.

     "Pergilah! Nak tinggal aku sangatkan! Pergi!" Hezrick menghempas punggungnya di atas kerusi berhampiran.

     Mikayla mendekati Hezrick sebelum tangan kanan lelaki itu dicapai lalu dikucupnya. Wajah Hezrick dipandang, pipi lelaki itu pula diusap lembut.

     "Macam mana kalau ada apa-apa terjadi pada saya di tengah jalan nanti?" soal Mikayla lembut. Herith dan Firaz menjadi pemerhati.

     "Kau tak dengar ke aku halau kau tadi? Dah pekak? Pergilah..." Hezrick merenung tajam ke dalam sepasang anak mata isterinya.

     "Masakan awak ni saya bawa untuk bekalan ya?" soal Mikayla sambil menyenduk mi goreng itu ke dalam satu bekas. 

     Dalam kasar, lelaki itu tetap ada manisnya. Dia tersenyum kecil melihat Hezrick yang masih tidak mahu memandangnya. Bekas yang terisi mi goreng itu ditutup dan dibawa pergi bersamanya.

     Mata Hezrick terus menikam tajam wajah Herith sebaik sahaja gadis itu keluar dari ruang dapur. 

     "Kau memang patut mati sial!" jerit Hezrick sebelum dia mengejar Herith yang ingin melarikan diri. Firaz menggeleng kecil. Teruk betul perangai! 

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Where stories live. Discover now