Security yang menggunakan empat angka passcode direnung dengan dahi berkerut. Tidak tahu pula tentang passcode ini kerana Enrique tidak memaklumkan kepadanya terlebih dahulu dan ketika ini, dia tidak tahu sama ada dia atau Enrique yang lembab. Mungkin mereka berdua patut 'bercakaran' oleh kerana hal kecil yang menyusahkan ini.
Setelah beberapa minit merenung alat yang terlekat pada sisi pintu itu, otaknya telah berjaya mengeluarkan satu peristiwa di mana kereta milik Hezrick meletup akibat disabotaj musuh di Thailand beberapa bulan lepas.
Waktu itu, mereka terjumpa satu kotak besi yang ditinggal musuh di belakang kereta yang sudah meletup. Dia masih ingat akan lapisan kepingan logam yang terukir nombor tetapi dia lupa akan angka tersebut. Mungkin angka itu boleh digunakan untuk alat security ini.
Matanya dipejam rapat untuk mengingat kembali dua angka tersebut tetapi otaknya langsung tidak memberikan kerjasama.
"Fikirlah wahai otak Herith, jangan malukan keturunan Xizel." Berpeluh-peluh dia memikirkannya namun tetap kosong.
"Kenapalah otak aku lembab sangat. Terpaksa mintak tolong Fred." Nafas kecil dihela, tangannya menekan button hitam pada walkie-talkie.
"Masuk-masuk, berapa nombor security ni?" soal Herith pada Freddy.
Freddy langsung tidak menjawab walaupun dia sudah dengar soalan itu. Pintu di hadapannya dibuka, terpampanglah Herith yang menunduk sambil menekan-nekan skrin telefon bimbit. Lelaki itu mengangkat wajah, matanya membulat besar melihat Freddy yang sudah berada di muka pintu. Aik? Macam mana lelaki itu masuk?
"Kau buat apa?" soal Freddy.
"Tunggu jawapanlah. Macam mana kau boleh ada kat dalam? Kau buat magic ke?"
"Ricky dah bagi passcode security kat dalam kereta tadi. Birthday kau empat haribulan lima dan birthday dia lapan haribulan lapan, lembab!" Freddy menunjal dahi Herith yang masih kehairanan.
"Sekarang ni, aku cuma nak tahu passcode aje, bukan nak dengar kau berleter."
Pak!
Kepala Herith dipukul Freddy, walaupun tidak terlalu kuat tetapi kesakitan yang dirasa sama sahaja seperti pukulan kuat lelaki itu, tiada beza. Otaknya bergegar.
"4588 lah. Kau jangan nak buat hal hari ni, kita perlu serious. Misi kali ni bahaya. Silap langkah kita terkorban." Freddy terus memalingkan tubuhnya tanpa menunggu balasan dari Herith.
"Okey okey aku serius... Pfft... Relaks Herith, jangan gelak. Relaks..." Herith menarik nafas lalu dihembus perlahan. Inilah masalahnya, dia tidak mampu untuk terlalu serius. Jika dia buat begitu, rasa geli di dalam perut semakin menjadi-jadi.
Bang!
Bunyi satu das tembakan kedengaran. Herith dapat melihat Freddy yang terperanjat sehingga lelaki itu terundur beberapa langkah. Nampak berani tetapi penakut. Yang ini kelakar juga.
"Hahaha! Padan muka. Beleber lagi banyak-banyak. Tak pandan dengan jantan. Kan dah kena." Herith menekan perutnya yang terasa senak.
Freddy dapat melihat jelas laser bewarna merah terpancar di dahi Herith. Dia bergegas lari mendapatkan Herith sebelum tubuh lelaki itu ditolak.
Bang!
Tubuhnya terjatuh tepat di atas tubuh Herith yang terbaring di lantai. Nasib baik dia nampak laser itu, jika tidak, tamatlah riwayat Herith pada malam ini. Herith tertawa kecil setelah merasakan siku kiri milik lelaki itu seperti menggeletek tulang rusuknya.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...