Bab 4

14.8K 606 30
                                    

     Hari ini Mikayla tidak ke tempat kerja oleh kerana tubuhnya berasa betul-betul tidak larat, perut serta pinggangnya terasa sakit disebabkan datang bulan. Rasa seperti ditekan atau ditumbuk seseorang, terlalu sakit dan kuat sengugutnya.

     Laci di sebelah katil meja diraba-raba mencari ubat tahan sakit tetapi tiada. Tangannya diangkat sebelum dia mengetuk kepalanya sendiri, mengapalah dia tidak membeli ubat tahan sakit senggugut setelah pulang daripada kerja semalam.

     Tangannya mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja lampu. Nombor Amira didail bagi meminta bantuan sahabatnya itu untuk menghantar ubat. Kebiasaannya dengan rela hati Amira akan bersetuju oleh kerana dia sangat mengambil berat tentang keadaan Mikayla.

     Tut tut... tut tut...

     "Yes," Amira memulakan bicaranya.

     "Awak ada di rumah?"

     "Saya dalam kereta on the way ke rumah mak long, kenapa Kayla?"

     "Tak ada apa, saja tanya. Kalau macam tu, tak apalah, saya tutup dulu. Awak jaga diri tau." Jawab Mikayla bernada tenang.

     "Alright!"

     Amira pula tidak dapat membantunya, tak akan dia sanggup menyuruh Amira berpatah balik semata-mata ingin menghantar ubat untuknya? Itu sudah dikira menyusahkan. Lalu dia mengambil keputusan untuk keluar untuk membeli sendiri ubat yang diperlukan.

     Selesai membuat pembayaran, kakinya diatur keluar daripada farmasi tersebut. Langkahnya terus dihala ke hadapan untuk melintasi jalan raya. Setelah memastikan jalan itu clear, dia terus berjalan maju ke hadapan.

     Sebuah kereta yang meluncur laju dari arah kiri membuatkan otak gadis itu tidak dapat memberikan sebarang tindak balas pada situasi ini oleh kerana terkejut, badannya kaku berdiri di tengah-tengah jalan seperti sudah bersiap sedia untuk dilanggar.

     Pantas badannya ditolak seseorang jauh dari jalan raya sehingga kedua-dua mereka jatuh tergolek di atas rumput. Mata Mikayla membulat besar setelah baru tersedar bahawa tubuh badannya berada betul-betul di atas tubuh tegap lelaki itu.

     Lelaki itu cepat-cepat menarik lengan bajunya bagi menutup kawasan kulit lengan yang terdedah.

     "Awak okay? Sa..." Ayat Mikayla dipintas oleh si jejaka.

     "Kau tak reti guna mata ke?!" Tengkingan secara tiba-tiba daripada lelaki tersebut membuatkan Mikayla tersentak sekaligus terasa seperti hendak menangis.

     Pantas dia menjauhkan jarak mereka berdua. Kepalanya ditundukkan ke bawah, rasa takut untuk mengangkat wajahnya.

     Lelaki itu bangun diiringi rengusan kasar sambil mengibas-ngibas seluarnya yang terlekat tanah serta rumput kering.

     "Kau bangun!" Arah lelaki itu dengan kasar. Mikayla masih menunduk, air mata mengalir di pipi kemudian menitis di tanah.

     "Aku cakap bangun! Kau pekak ke?" Lelaki itu menarik pergelangan tangan Mikayla ke atas dengan kasar sehingga membuatkan gadis itu meringis kesakitan.

     "Ikut aku!" Tangan gadis itu ditarik kasar meluru ke arah kereta sport miliknya.

     Mikayla hanya mengekor dan menahan kesakitan di pergelangan tangan. Dia masih terkejut dengan apa yang telah terjadi sebentar tadi, dirinya hampir dilanggar sebuah kereta dan ketika ini lelaki yang tidak dikenalinya walhal wajah pun tidak nampak melepaskan rasa marah tanpa sebab yang munasabah pula terhadapnya.

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Where stories live. Discover now