Bab 37

7.9K 346 31
                                    

     Mata masih melekat pada kaca televisyen, dia menonton program masakan bagi mendapatkan idea makanan tengahari mereka. Empat orang jejaka yang telah ke office juga akan balik ke rumah pada tengahari ini.

     Beberapa minit kemudian, butang merah pada remote tv ditekan. Kakinya melangkah ke dapur. Otaknya sudah memikirkan resepi yang sangat sesuai pada hari ini. Langkahnya terhenti setelah terdengar bunyi kecoh seperti dua orang sedang bergaduh.

     Rasa ingin tahunya semakin kuat. Dia mula bersandar pada dinding pemisah antara dapur dan ruang belakang rumah. Pandangannya melekat pada seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang duduk di pondok bersebelahan taman bunga. Mikayla mula memasang telinga.

     "Masalah kita ada pada awak. Abang bukan sengaja nak buat macam tu, cuba faham keadaan abang ni. Awak lupa ke abang ni doktor?" soal jejaka itu dengan nada suara yang terkawal.

     "Abang benci Ferliy kan?" soal si gadis pula. Nada si gadis kedengaran agak bergetar seperti sedang menahan tangisan.

     "Abang tak pernah fikir macam tu. Sejak awak pregnant ni awak overthinking sampai tuduh abang macam-macam. Awak nak abang tinggal awak betul-betul ke apa ni?" Mata si jejaka merenung wajah menunduk si gadis.

     Esakan kecil mula kedengaran. Firaz hanya merenung kelakuan gadis itu. Terkadang dia benar-benar tidak mengerti dengan karenah Ferliy yang selalu berkata tentang sesuatu yang dia sendiri tidak pernah terfikir untuk melakukannya.

     Ferliy mula bangun untuk beredar dari situ namun lengannya pantas ditarik Firaz sehingga gadis itu memasuki dakapannya. Belakang tubuh gadis itu diusap lembut.

     "I'm sorry okay? Abang janji kita akan bernikah dalam masa yang terdekat ni, awak kena bersabar." Firaz cuba memujuk gadis itu. Ferliy hanya mengangguk kecil.

     Mikayla cuba mengenalpasti wajah lelaki itu. Sepertinya dia pernah melihat seraut wajah itu, tetapi di mana ya? Gadis itu mungkin adik Freddy yang dimaklumkan Hezrick semalam. Hairan pula, gadis itu sedang mengandung?

     "Kayla..." Namanya diseru seseorang dari arah belakang membuatkan Mikayla terus memalingkan wajahnya ke arah suara itu.

     "Awak tengah buat apa ni?" soal Amira ingin tahu. Sejak tadi dia memerhati Mikayla yang nampak seperti sedang mengendap sesuatu.

     "Err saya tengok tu..." Mikayla menjuihkan bibirnya ke arah pasangan tadi.

     "Tu bukannya doktor yang rawat awak dulu? Doktor Firaz? Siapa pulak perempuan tu?" Amira mula mengerutkan dahinya.

     "Mungkin adik Fred. Dah dah, jomlah masak." Mikayla terus melangkah menuju ke peti dibontoti Amira.

     Tidak lama selepas itu, Firaz dan Ferliy mula melangkah masuk ke dalam. Mata Ferliy tertancap pada dua orang gadis yang berada di ruang itu sebelum wajahnya mendongak sedikit ke atas untuk melihat wajah Firaz yang agak tinggi darinya.

     "Siapa tu?" soal Ferliy dengan nada yang berbisik.

     "Baju biru tu Ricky punya dan yang baju hitam tu Zack punya," terang Firaz. Ferliy mengangguk faham sebelum bibirnya menguntum senyuman.

     "Hai kakak kakak..." sapa Ferliy ramah.

     Punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi sebelum bekas biskut coklat yang terletak di atas meja dicapai. Firaz hanya menggeleng kecil melihat gadis kesayangannya yang selalu ingin mengunyah sesuatu tanpa mengira masa.

     Kakinya melangkah meluru ke arah kerusi bertentangan gadis itu sebelum punggungnya dilabuhkan. Ferliy memandang Firaz dengan pandangan yang pelik.

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Where stories live. Discover now