Wajah Enrique direnung dengan renungan yang redup, otaknya sudah mula berserabut memikirkan tentang masalah lelaki yang tidak pernah habis ini. Mengapa Enrique dilahirkan sebagai seorang yang suka menimbulkan masalah di dalam keluarga mereka?
Freddy melangkah masuk ke dalam bilik Enrique bersama dulang makanan, pandangannya tertancap pada Hezrick yang sedang merenung kosong wajah pucat Enrique.
"Kau okay?" Soal Freddy sambil meletakkan dulang makanan ke atas meja berhampiran.
"Aku okay aje. Enrique yang tak okay, dia ni selalu sangat bodoh. Hairan pulak aku," jawab Hezrick dengan penuh rasa geram terhadap lelaki yang terbaring lemah itu.
"Biasalah, dia kan anjing yang kau bela dari zaman remaja dulu lagi. Macam mana keadaan dia? Dah tahu result ke belum?" Freddy mengambil tempat di kerusi bersebelahan Hezrick.
"Dia demam panas. Rehat pun kurang, itu yang sampai tumbang macam ni."
"Macam mana dengan dadah tu? Positive?" Freddy menjongketkan sebelah keningnya. Hezrick hanya menggeleng kecil.
"Itulah kau, tuduh macam-macam sampai dia pun jadi stress," Freddy menjulingkan bebola matanya ke atas.
"Kita dah tak boleh percaya cakap orang sekarang bulat-bulat, kan? Aku tak percaya kawan baik kau ni, dia terlalu liar dan tak guna."
"Ya aku tahu, tapi kita kena periksa dulu. Dah dapat bukti yang sahih barulah boleh percaya. Jangan tuduh melulu, kesian membe rasa tak tenang macam ni," kata Freddy tenang. Hezrick tersenyum nipis mendengar nasihat itu.
"Perangai macam hanat tapi dia dah banyak tolong kita. Kalau tak ada dia, comfirm kita semua dah mati kena bom dengan musuh." Freddy tersenyum kecil teringatkan peristiwa yang berlaku beberapa bulan yang lepas.
"Kalau belum tiba ajal, tak mati jugak," kata Hezrick bernada biasa.
Dua pasang mata itu merenung Enrique yang sudah mencelik mata. Dahi lelaki itu berkerut dek kerana silauan cahaya lampu yang terang.
"Nak piza ayam," minta Enrique secara tiba-tiba, rambutnya diraup ke belakang menggunakan tangan.
"Piza ayam tak ada tapi bubur ayam ada," Freddy menunding jarinya ke arah meja.
"Nak piza ayam, tak nak bubur," Enrique menggeleng beberapa kali.
"Eh kau ni, dah nak mati pun mintak macam-macam lagi?" Celah Hezrick bernada sinis.
"Hurm time-time dah nak mati macam nilah aku kena banyak menyusahkan kau orang. Risau roh aku tak tenang sebab dirindui je nanti," kata Enrique tenang setenang-tenangnya.
"Banyak songehnya anjing ni!" Hezrick menayangkan riak menyampah.
"Iyelah, aku suruh Herith order." Freddy menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.
"Tak nak setan tu, aku nak kau yang order," ujar Enrique bernada perlahan seperti budak-budak.
Freddy tersenyum seraya menggeleng kecil, perangai Enrique langsung tidak berubah sejak dari dulu sehinggalah sekarang, manja apabila sedang sakit itu lain macam. Pintu dikuak dari luar, muncullah Herith bersama sebotol air gas di tangannya.
"Dah sihat bro? Apahal tak mati aje terus?" Soal Herith tanpa berlapik.
"Belum sampai ajal," jawab Enrique dengan penuh kemalasan.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...