Pada petang keesokkan harinya, mereka mula berkemas untuk pulang ke Malaysia. Kelibat Enrique dan Herith masih tidak muncul sejak semalam.
Kedudukan dua orang manusia itu tidak dapat dikesan Hezrick oleh kerana Enrique telah mematikan alat pengesannya.
"Kita balik dululah kan?" soal Freddy memecah kesunyian.
Bebola mata Freddy diputarkan ke arah Hezrick yang sedang memeriksa sesuatu di bahagian bawah pesawat.
"Pandai-pandailah dua orang tu nak hidup. Pergi mana entah langsung tak bagitahu..." jawab Hezrick tenang.
Freddy mengangguk kecil. Matanya melekat pada barang yang dihulur Ferliy.
"Ambillah Fred, tolong letak kat sana. Benda ni beratlah," ujar Ferliy.
Barang yang kelihatan seperti tabung itu terus diambil. Tubuhnya berpaling ke belakang sebelum dia terlanggar seseorang. Nafas dihela kasar.
"Apahal muka kau masam je ni? Demam ke?" Zack melekapkan belakang tapak tangannya pada dahi Freddy. Panas.
"Aku sihat. Cuma tak cukup tidur semalam." Freddy menjawab malas sebelum dia melangkah pergi.
*****
Amira, Ferliy dan Mikayla duduk di sebuah meja makan. Perut masing-masing sudah mula berkeroncong minta diisi.
"Ferliy nak nasi goreng jugak," bisik Ferliy pada suaminya.
"Mintak sendiri." Firaz juga berbisik pada Ferliy.
Ferliy menarik mimik geram. Bebola matanya diputarkan ke arah pelayan yang sejak dari tadi tersenyum-senyum ke arahnya.
"Nasi goreng biasa tapi nak ayam lebih," minta Ferliy bernada biasa.
Pelayan lelaki itu tersenyum seraya mengangguk beberapa kali. Tidak pernah dia bertemu dengan gadis mat salleh yang begitu fasih berbahasa melayu seperti ini.
Firaz merenung lama senyuman si pelayan sebelum dia mengalihkan pandangan. Lelaki itu nampak pelik.
Selesai makan, mereka menuju ke kereta namun Ferliy terus ke tandas.
Sedang dia mencuci tangan menggunakan sabun. Terasa seperti diperhatikan seseorang. Wajahnya dipalingkan ke kiri dan ke kanan. Tiada sesiapa selain dirinya di dalam tandas itu.
Kedengaran bunyi tapak kaki membuatkan dia meluru keluar dari tandas. Bulu romanya naik menegak. Langkah dipercepatkan. Sesekali dia menoleh ke belakang. Terasa seperti ada seseorang yang sedang mengekorinya.
Tubuhnya terlanggar seseorang. Dia menjerit sambil menekup wajah menggunakan kedua-dua belah tapak tangan. Apabila dia merasakan tubuhnya dipeluk, matanya dicelik luas.
"Abang..." Dia membalas pelukan lelaki kesayangannya itu. Matanya mula berkaca-kaca. Entah apa yang dia fikirkan sebentar tadi.
"Abang tad... tadi..." Wajah suaminya direnung, empangan air mata mula pecah.
"Shhh... Senja-senja macam ni nak pergi tandas tak bagitahu. Abang risau tahu tak?"
"Sorry abang..." Ferliy kembali memeluk tubuh lelaki itu.
Belakang tubuh Ferliy diusap lembut. Matanya terpandangkan satu susuk tubuh yang berdiri di sebalik dinding. Dia tidak tahu apa akan terjadi pada gadis ini sekiranya dia lambat tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...