Bab 5

15.9K 589 20
                                    

     Kereta dipakir di hadapan Hirax Club iaitu sebuah kelab malam yang terkenal dengan pelbagai jenis sistem canggih jika hendak dibandingkan dengan kelab malam yang lain.

     Dia dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat bagi mengatasi masalah syarikat-syarikat lain yang baru hendak meningkat naik. Hari ini, tugasnya adalah menjadi penceramah pelbagai jenis topic seperti tips berjaya dan juga cara yang paling mudah untuk menghadapi masalah dalam syarikat.

     Bukan dia tidak tahu masalah syarikat yang kian menaik ketika ini hanyalah kerana rasuah dan juga kesilapan dalam penggunaan kuasa sebagai pemimpin. Hairan, Hezrick dan rakan-rakannya sendiri juga sering menggunakan kuasa pemimpin ke arah yang tidak sepatutnya tetapi syarikat mereka tetap kukuh seperti dahulu.

     "Mungkin mereka terlalu bodoh untuk handle syarikat, jadi kuli aku ajekan senang." Kata Hezrick sendiri sebelum dia melangkah keluar daripada perut kereta.

     Kunci diberikan kepada pengawal yang ditugaskan untuk memakir kereta di tempat yang sepatutnya. Biasalah, diakan boss yang layak mendapat layanan vvip.

     Punggung dilabuhkan ke atas kerusi empuk yang berlabel namanya, 'Ricky'. Tiga orang lelaki yang diapit gadis-gadis berada dalam satu ruang dengannya dipandang sekilas sahaja oleh kerana dia langsung tiada minat untuk berbual dengan mereka semua.

     Sementara menunggu kehadiran Freddy dan Enrique, sepasang mata bewarna oren itu memerhati kawasan belah dalam dewan bagi melihat jika ada sabotaj yang akan berlaku pada malam ini.

     Sedang dia memerhati, matanya tertancap pada seketul block besi bewarna hitam bersaiz kecil terlekat di bawah sebuah meja. Senyuman sinis terukir di bibir, sudah dapat mengagak hal ini akan terjadi juga.

     Mesyuarat boss besar seperti ini pasti akan berlakunya pertumpahan darah hanya disebabkan dendam ataupun masalah dalaman sesebuah syarikat itu sendiri.

     Kakinya diatur meluru ke arah meja tersebut untuk melihat nama yang dilabel iaitu, 'Mr. Hanafi'. Tangannya menyentuh block besi kecil itu untuk menilai sejauh mana jarak letupan bom kecil tersebut.

     "24 meter aje? Matilah kau malam ni Hanafi, aku malas peduli." Katanya sendiri menggunakan nada biasa sebelum dia melangkah ke kerusinya tadi.

     Seorang pelayan perempuan berpakaian seksi menuju ke arahnya bersama buku menu. Hezrick menyambut huluran buku menu itu dengan wajah yang biasa.

     "Lembab betul service kat sini," kata Hezrick tanpa berlapik. Gadis itu hanya diam menunggu pesanan.

     "Muslim?" Soal Hezrick tanpa menoleh ke arah gadis itu, boleh bengkak bebola matanya melihat pakaian gadis itu.

     "Err ya..." Jawab gadis itu perlahan.

     "Tak takut api neraka ke?" Soal Hezrick lagi, buku itu sudah dibelek sehingga ke muka surat terakhir tetapi satu pun tidak menepati cita rasanya pada malam ini.

     "Sa..." Kata-kata gadis itu dipintas Hezrick.

     "Jangan jawab pada aku. Kau boleh fikir sendiri. Bagi aku jus epal dan kau boleh blah. Jangan tunjuk muka depan aku lagi lepas ni, tu pun kalau kau rasa nak hidup lama." Ujar Hezrick bernada sinis. Gadis itu berlalu pergi tanpa membalas kata-katanya.

     "Mak bapak kaya, tapi kerja kat tempat haram jadah macam ni, babi apa?" Bebel Hezrick perlahan. Sekali imbas saja dia dapat tahu segala identiti gadis itu.

     Pintu masuk dewan dikuak dari luar, muncullah wajah nakal Herith melangkah masuk ke dalam dewan dengan penuh gaya. Kedua-dua belah tangan lelaki itu elok terletak di dalam kocek hoodie yang tersarung pada tubuh tegapnya, sangat macho!

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang