Bunyi deruman kereta yang kuat kedengaran membuatkan beberapa pasang mata menoleh ke arah bunyi tersebut, kelihatan dua buah kereta sport dipakirkan tepat di hadapan kereta mewah milik Hezrick dan Freddy.
Dua orang lelaki keluar dari perut kereta masing-masing dengan penuh bergaya. Hezrick dan Freddy memandang satu sama lain, nampaknya inilah tetamu istimewa yang gadis-gadis di dalam kelab tadi tidak sabar untuk berjumpa.
"What's up?" Sapa salah seorang daripada mereka. Freddy mengangkat sebelah tangan kanannya sebagai tanda sahutannya kepada sapaan itu.
Bebola mata lelaki itu diputarkan ke arah Hezrick yang sedang bersandar di sisi kereta, kepalanya dianggukkan tanda mengerti sebelum dia membuka langkah menuju ke arah pintu utama kelab.
"Kenal?" Soal Freddy ingin tahu.
"A.H? Kenapa lens kita tak dapat detect identiti dia yang sebenar? Semuanya no info." Hezrick merenung belakang tubuh A.H yang kian menjauh.
"Lelaki sebelah dia tadi pun A.H group," sambung Hezrick lagi.
"Tinggi jugak dia punya level teknologi. Lebih baik kau suruh Enrique tukar otak dia sebelum apa-apa terjadi," ujar Freddy diiringi tawa kecil.
"Lepas ni, Enrique akan jadi mangsa keadaan. Biar dia mati terus sebab terlampau penat." Hezrick melepaskan tawa besar. Freddy mengangkat thumbs up bersama senyuman jahat terukir di bibir.
"Jom masuk."
Risau pula akan keadaan Mikayla di dalam walaupun Enrique dan Herith bersama gadis itu. Kakinya dilangkah maju ke hadapan manakala Freddy mengekor tanpa sebarang kata.
Mikayla melihat susuk tubuh Hezrick melangkah masuk ke dalam ruang itu tanpa menoleh ke arahnya, pasti lelaki ini datang bersama gadis yang dimaksudkan Mikhail petang tadi.
Dia menyusup masuk ke celahan orang ramai bagi mengekori langkah Hezrick, tetapi bila difikirkan balik, mengapa pula dia ingin tahu lelaki itu bersama siapa? Dia cemburukah? Semua itu sudah tidak dipedulikan, yang penting ketika ini, siapakah si gerangan yang dimaksudkan?
Dia melangkah ke hadapan tanpa sedar seorang lelaki bertopeng hantu sedang mengekorinya dari arah belakang, lelaki itu juga bergerak secara perlahan-lahan seperti sedang bermain sembunyi-sembunyi.
"Perempuan ni nak pergi mana ya?" Soal lelaki itu sendiri, kakinya tetap dilangkah ke hadapan.
Mikayla berhenti kemudian bersembunyi di sebalik tiang yang besar. Kelihatan Hezrick sedang duduk bersama Freddy di salah sebuah meja yang terletak di hujung sudut.
"Mana perempuan tu? Tak mungkinlah kalau dia tak ada dekat sini..." Kata Mikayla sendiri.
"Perempuan yang mana?" Soal lelaki yang sudah berdiri di belakangnya.
Mikayla tersentak mendengar suara garau yang kedengaran kuat memasuki lubang telinganya itu. Dan apabila dia berpaling ke belakang...
"Bah!" Herith menyergah Mikayla membuatkan gadis itu menjerit dengan begitu nyaring.
Herith membulatkan matanya setelah mendengar jeritan itu sebelum dia menekup mulut Mikayla menggunakan tangan kanan manakala tangan kirinya menolak tubuh gadis itu rapat ke dinding agar Hezrick tidak perasan akan kedudukan mereka.
"Hmmph... hmmph!" Mikayla tetap menjerit ketakutan melihat lelaki bertopeng hantu di hadapannya itu.
"Diamlah, ni aku!" Marah Herith seraya menanggalkan topeng hantu di wajahnya.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...