Selesai berkemas, Mikayla merenung wajah Amira yang nampak seperti sedang memikirkan sesuatu. Gadis itu hanya termenung sejak dari tadi. Selalunya ada saja perkara yang gadis itu akan beritahunya.
Mikayla melabuhkan punggungnya di sebelah Amira, matanya masih merenung sisi wajah Amira tanpa gadis itu perasan akan kehadirannya.
"Awak okay?" Mikayla menyentuh paha Amira.
"Apa hubungan awak dengan Hezrick?" Amira membalas renungan Mikayla.
Mikayla tersentak mendengar soalan itu, apa yang harus dia jawab? Dia sendiri pun tidak tahu. Lelaki itu tidak pernah beri kata-kata yang mengatakan bahawa mereka berdua sedang bercinta atau sebaliknya.
"Tak ada hubungan pun cuma dia pernah belanja saya makan..." Mikayla mengawal riak wajah.
"Eh? Kenapa pulak dia belanja awak?" Dahi Amira berkerut.
"Err... mungkin sebab dia nak berkawan dengan saya, kan?"
"Baguslah kalau macam tu. Lama-kelamaan nanti awak mesti boleh lupakan lelaki yang tidak berguna tu. Layan aje Hezrick, inilah peluang awak untuk rapat dengan dia..." Amira memegang belakang tangan Mikayla yang berada di atas pahanya.
Mikayla hanya diam mendengar kata-kata Amira, kalaulah gadis itu tahu bahawa Hezrick adalah Ricky. Apa agaknya yang gadis itu akan lakukan?
Tidak lama kemudian, telefon bimbit miliknya berdering menandakan ada panggilan masuk. Nama Hezrick tertera di skrin membuatkan Mikayla terus menekan punat hijau sebelum dia berlalu ke balkoni ruang tamu.
"Selesa tak tinggal kat situ?"
"Assalammualaikum..." Mikayla memulakan perbualan dengan memberi salam.
"Maaf-maaf, aku excited sangat kau jawab panggilan aku tadi, Assalammualaikum..."
"Awak patut jawab salam saya teruslah, Hezrick." Mikayla membetulkan cara Hezrick yang nampak seperti dia tidak begitu faham dengan situasi itu.
"Wa...wa'alaikummussalam, okay dah. Kau pulak jawab soalan aku,"
"Macam mana nak jadi imam saya ni?" Soal Mikayla tanpa ada rasa untuk menjawab soalan Hezrick tadi.
"Aku cuba Kayla, aku buat bukan semata-mata untuk kau tapi untuk hari akhirat nanti," jawab Hezrick, nadanya kedengaran agak perlahan.
"Baguslah kalau awak cuba, hari ni belajar apa dengan ustaz?" Sengaja Mikayla ingin menguji lelaki itu.
"Bernikah kerana Allah, jawab soalan aku cepat."
"Nasib baik ingat tajuk. Macam mana saya nak jawab? Saya tinggal kat sini tak sampai sehari pun lagi." Mikayla meletakkan kedua-dua belah lengannya ke atas besi penghadang balkoni.
"Ya aku tahu tapi keselesaan kau tu penting bagi aku. Kalau kau nak tinggal dengan aku pun aku benarkan," Hezrick memberi cadangan kepada Mikayla.
"Saya lebih selesa kat sini dengan Amira, awak jangan risaulah saya pandai jaga diri," jawab Mikayla tenang.
"Tinggal dengan aku bukan kita duduk sebilik pun, tapi kalau kau nak, aku okay je..."
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...