Bab 25

9.2K 366 35
                                    

     Mereka berempat berada di dalam butik pakaian, Zack sibuk melayan Amira yang sedang memilih baju manakala Mikayla dan Freddy hanya duduk sambil berbual di sofa bewarna merah darah yang terletak di tengah-tengah butik itu.

     "You tak nak tanya tentang Ricky?" Soal Freddy ingin tahu.

     "Tak nak. Biarkan dia nak tidur dengan perempuan lain, itu hak dia," jawab Mikayla tanpa menoleh ke arah Freddy.

     "Dia bergurau ajelah. Tak mungkin dia akan buat benda macam tu, kenal dia." Kata Freddy diiringi tawa kecil. Mikayla hanya menjeling wajah lelaki itu.

     "Boleh I tanya?" Soal Freddy lagi.

     "Apa sebenarnya yang terjadi pada you dengan Ricky dua tahun lepas?" Soalan itu tiba-tiba sahaja meluncur laju keluar dari mulutnya

     Mikayla diam, tidak tahu harus memberikan jawapan yang seperti apa kerana dia tidak minta semua itu berlaku terhadap dirinya.

     "Kayla, sebenarnya I tahu apa yang berlaku pada you. I cuma nak tahu you tak pregnant?" Soal Freddy lagi. Jika benar gadis ini mempunyai anak bersama Hezrick, di manakah budak itu sekarang?

     "Ricky suruh awak tanya tentang ni?"

     "I yang nak tahu, sebab I tengok Ricky tak peduli tentang hal ni dan dia tak pernah bagitahu I tentang anak," terang Freddy habis jujur.

     "Sejak Ricky muncul kembali depan mata saya, saya tak tahu nak tunjuk reaksi yang macam mana. Apa yang dia dah buat, saya tak boleh nak salahkan dia seratus-peratus sebab itu juga silap saya,"

     "Sehari selepas perkenalan kami, saya betul-betul dah jatuh cinta pada dia walaupun dia seorang lelaki yang nakal," Mikayla tersenyum sendiri teringatkan usikan lelaki itu terhadapnya dua tahun lalu. Masih jelas kenangan manis itu tersemat di dalam benak fikirannya.

     "Malam ketiga saya kenal dia, kata terakhir dia yang saya ingat..."

     "Nama aku Ricky. Percayalah, aku akan bertanggungjawab atas apa yang aku dah buat."

     "Lepas dari tu saya dah tak ingat apa-apa. Tiga hari saya kenal dia dan saya langsung tak terfikir untuk tanya nama sebenar dia," Mikayla membalas renungan Freddy, mengapa ya lelaki ini ingin tahu tentang hal itu?

     "Dia sampai aje kat rumah terus cerita pasal seorang gadis yang dia kenal sedangkan sebelum ni dia tak pernah cakap tentang mana-mana perempuan. Bertuah betul you ni," Freddy tergelak kecil teringatkan wajah beria Hezrick semasa lelaki itu menceritakan tentang seorang gadis kepada mereka, sungguh kelakar.

     "Tak cukup bertuah. Saya bangun pagi tu, hanya duit yang menemani kesedihan saya. Dia pergi tinggalkan saya,"

     "Sebulan berlalu, tak ada tanda-tanda yang saya akan mengandung. Saya bersyukur sebab tak perlu tambah dosa dengan cara buang baby pulak..." Mikayla tersenyum merenung jari jemarinya yang runcing.

     "Kalau you dengan dia ada anak, mesti anak you berdua comel. Masa Ricky kecik-kecik dulu nakal tau, tiga tahun dah pandai panjat almari, meja makan, atap kereta, motor dan semua yang ada dalam pintu pagar rumahlah dia panjat." Freddy membuka cerita tentang kenakalan teruk Hezrick semasa kecil.

     Mikayla tersenyum nipis mendengar cerita Freddy, namanya dipanggil Amira. Gadis itu berjalan meluru ke arah mereka berdua bersama mimik wajah yang muram. Freddy dan Mikayla menoleh ke arah Amira.

     "You! Tengok kawan you ni cakap gemuk!" Adu Amira pada Freddy.

     "You memang gemuk macam gajah. Zack jujur pun you marah, jangan cuba nak ajar dia jadi penipu macam you pulak lepas ni." Jawab Freddy bersahaja.

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Where stories live. Discover now