Bab 45

7.4K 327 29
                                    

     Tubuhnya direbahkan ke atas katil sebaik sahaja selesai memakai baju. Pipinya disentuh. Rasa perit dilempang Hezrick terimbas di benak fikirannya. 

     Dadanya pula berdebar-debar teringatkan penipuannya pada Puan Qamaria petang tadi. Dia terpaksa namun dia bersyukur atas penerimaan ibunya. 

     Setelah meletakkan beg bagasi di dalam bilik, dia meluru ke ruang tamu untuk berbual dengan Puan Qamaria. Ibunya kelihatan terkejut melihat lebam pada pipi kanan dan luka yang telah kering di bibirnya.

     Nasib baik kolar baju dapat menutupi warna kemerahan yang jelas kelihatan pada leher jinjangnya. Tangan Puan Qamaria menyentuh lembut pipi Mikayla. Mikayla mendesis kecil sebelum tangan Puan Qamaria ditahan.

     "Kenapa ni nak?" soal Puan Qamaria kerisauan.

     "Kayla kemalangan bu," tipu Mikayla yang mencuba nasib. 'Maafkan Kayla ibu,' desis hati kecilnya.

     "Lah kenapa tak beritahu ibu? Kamu selalu macam ni, apa-apa hal nak berahsia. Ibu risau tengok kamu balik dalam keadaan lebam-lebam macam ni tahu tak?" 

     "Sikit je ni. Kayla tak nak ibu terlalu fikirkan Kayla. Ibu kan tengah sakit... Sementara cuti lebih baik Kayla balik sini jaga ibu..." Puan Qamaria mengerutkan dahi menghadam kata-kata Mikayla.

     "Tapi ibu tak sa..." kata-kata Puan Qamaria pantas dipotong Encik Anuar.

     "Dah tiga hari kamu mengadu sakit kepala, dah lupa?" soal Encik Anuar bersama riak biasa.

     Puan Qamaria tersenyum nipis. Tidak sangka suaminya sanggup menipu semata-mata untuk mengumpan anak perempuan mereka balik secepat mungkin. Pasti gadis itu masih tidak tahu-menahu tentang majlis yang akan berlangsung dalam masa dua hari dari sekarang.

     "Kamu ni dah kenapa? Apa yang jadi?" Encik Anuar meluru ke arah anaknya sebelum luka dan lebam pada wajah manis itu diteliti.

     "Kayla kemalangan. Sikit je... Sebab tu Kayla tak beritahu. Ayah sihat?" Mikayla mencapai tangan kanan ayahnya sebelum belakang tapak tangan itu dikucup.

     "Kemalangan apa sampai macam ni? Kat mana Adam waktu kamu kemalangan? Dia tak jaga kamu ke?" Encik Anuar hairan melihat anaknya.

     Adam langsung tidak melaporkan kepadanya, lelaki itu lebih banyak berdiam diri sejak akhir-akhir ini. Tidak seperti selalu yang sering menelefonnya bertanya khabar. Mungkin dia sibuk. Tetapi apa sebenarnya yang berlaku?

    "Sikit je ni ayah. Tulang Kayla tak patah-patah lagi, masih boleh berjalan balik rumah," jawab Mikayla bersama senyuman. Dia tahu riak Encik Anuar seakan tidak percaya mendengar jawapannya.

     "Kamu tumpang siapa balik tadi?" soal Encik Anuar lagi.

     "Tumpang kawanlah, kebetulan dia pun dari KL nak ke sini jugak." Mikayla menayangkan senyuman manis.

     "Ayah dari mana? Banyak betul beli barang." Mikayla pantas menukar topik perbualan. Matanya tertancap pada plastik-plastik yang dipegang Encik Anuar.

     "Kawan ayah nak datang makan malam kat sini, itu yang nak suruh ibu kamu masak lebih sikit," jawab Encik Anuar sebelum dia terus melangkah pergi tanpa menunggu balasan. Mikayla menoleh ke arah ibunya.

     "Siapa nak datang?"

     "Nanti kamu tengok sendirilah. Ayah tak ada bagitahu apa-apa pada kamu?" Puan Qamaria memegang tangan anaknya. Mikayla menggeleng kecil. Puan Qamaria hanya tersenyum.

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Where stories live. Discover now