Beberapa bulan selepas kematian Mabruce Lee, keselamatan Cynthia Mikayla Mirezz tetap dikawal ketat oleh anak-anak buah Hezrick. Selagi Wilerio Box tidak dihapuskan, gadis itu perlu dijaga sebaik mungkin.
Musnah semua perniagaan di atas dunia sekiranya Wilerio Box jatuh ke tangan penjahat. Pelbagai kata kunci sistem perniagaan terbesar dunia yang berada di dalam kotak besi itu menjadi rebutan musuh. Beberapa penggodam dunia dipilih untuk menyekat sistem tersebut, salah seorangnya adalah Enrique Scilert.
"Awak pun terpilih? Hebatnya!" Mikayla teruja mendengar cerita Enrique.
"Iye, aku dengan kawan aku yang uruskan hal penyekatan sistem tu. Datuk kaulah yang sibuk paksa aku sedangkan dia tahu perangai aku ni jenis yang jarang serius," kata Enrique tenang.
Mereka sedang menuju ke salah sebuah makmal milik Enrique untuk menunjukkan sesuatu pada Mikayla. Gadis itu perlu tahu perkara sebenar tentang keluarganya di Australia kerana mulut kecil gadis itu tidak berhenti mengajukan pelbagai soalan kepada mereka semua. Mungkin pembawakan budak telah merubah Mikayla menjadi seseorang yang suka bertanya?
"Tapi apa pulak kena mengena Wilerio Box dengan Mikayla?" soal Herith pula.
"Kau diam boleh tak? Nak pergi tunjuklah ni." Hezrick menjeling tajam wajah Herith.
"Tanya pun salah, tak tanya nanti cakap orang bodoh pulak." Herith mengomel.
Hezrick meletakkan tapak tangannya pada alat pengimbas. Pintu besi itu terbuka. Sepasang mata Mikayla membulat besar melihat ruang luas bewarna hitam di hadapannya. Hezrick terus menarik lengan Mikayla masuk ke dalam.
"Berdiri kat sini," arah Hezrick pada isterinya sebelum dia meluru ke arah almari, tangannya mencapai sesuatu.
Dalam pada masa yang sama, Enrique mengeluarkan Wilerio Box dari sebuah peti besi lalu diletaknya ke atas meja hadapan tempat Mikayla berdiri.
"Sakit sikit je..." Hezrick menyelak lengan isterinya.
"Eh apa yang abang nak buat ni?"
"Dia nak gigit untuk keluarkan semua darah kau." Enrique menjawab bagi pihak Hezrick. Mikayla membulatkan mata, kenapa pula?
"Jangan percaya. Abang nak ambik sikit je darah sayang." Hezrick memegang lengan isterinya.
"Tapi... Auw!" Mikayla menjerit kecil merasakan lengannya dicucuk jarum.
Darah menitik tepat di atas lambang pada bahagian permukaan Wilerio Box. Lambang itu mengeluarkan cahaya bewarna biru sebelum kunci kotak tersebut terbuka.
"Aku fikir darah dia yang warna biru." Herith mula membuka mulut setelah lama dia memerhati.
"Manalah ada manusia original berdarah biru, otak kau ni betul ke tak?" Enrique mengusap lembut kepala Herith.
"Hari tu kau cakap DNA dia warna biru. Otak siapa yang tak betul sekarang?"
"DNA dia jenis biru. Bukan darah yang warna biru. Bermasalah betul bawak kau ni, banyak tanya benda mengarut. Sama je macam perempuan ni." Hezrick menunding tepat pada wajah Mikayla. Mikayla menggigit jari telunjuk lelaki itu.
"Argh! Sakit sayang!" Hezrick mengerang kesakitan.
Mikayla melepaskan jari telunjuk lelaki itu. Wajah Hezrick dijeling tajam. Perutnya yang membuncit diusap lembut, nakal sungguh anaknya pada hari ini, asyik menendang saja, pinggangnya pula terasa sakit.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...