Punggungnya diesot menghampiri sofa. Mata dipejam rapat. Bibirnya terketar membaca surah yang berada di dalam fikiran ketika ini.
Tidak lama kemudian, wajahnya berubah cuak melihat komputer Firaz terpasang sendiri. Terus mata dipejam.
"Dear?" Suara Firaz kedengaran semakin hampir dengannya.
Matanya dicelik luas.
"Abang!" Tubuh lelaki itu dirangkul.
"Kenapa menangis ni dear? Awak okey?" Firaz mengusap lembut belakang tubuh Ferliy sebelum tubuh itu ditarik lalu dibawa ke sofa.
"Ada hantu de... dekat sini tadi..."
"Hantu? Abang duduk seorang dalam bilik ni dah bertahun-tahun, tak pernah pun nampak hantu." Firaz menggeleng kecil. Penakut betul budak ini.
"Tapi hantu tadi kacau Ferliy. Ferliy lari masuk sini, dia nak bunuh Ferliy dengan baby... Betul..." Ferliy menyeka air matanya yang mengalir di pipi.
"Ya Allah, sayang... Awak berlari? Awak fikir yang bukan-bukan sangat. Lepas ni abang tak nak bagi awak tengok cerita hantu lagi. Nasib baiklah abang ada tertinggal barang."
Ferliy hanya diam. Mungkinkah kejadian tadi hanya halusinasi sahaja?
"Ambil telefon abang ni dan buka surah. Awak rehat okey? Jangan fikirkan sangat. Abang ada pesakit lagi ni."
"Lepas abang siap nanti datang sini terus tau." Ferliy pasrah melepaskan Firaz pergi.
Firaz mengangguk bersama senyuman kecil. Belum sempat tombol pintu dipulas, pintu itu dibuka dari luar membuatkan kakinya berundur beberapa langkah.
Dahinya berkerut melihat Azlan bersama seorang perempuan asing, Herith dan Enrique melangkah masuk tanpa dipelawa. Apahal budak-budak ni?
"Kau nak tahu tak? Tadi ada hantu bodoh ganggu bini kau sampai menangis-nangis berlari masuk bilik. Dah macam budak-budak aku tengok." Herith memulakan penceritaannya seraya mengambil tempat di sebelah Ferliy.
"Kau tak ada kerja lain ke nak buat? Bini aku tu tengah mengandung, kalau dia terjatuh masa berlari tadi macam mana?" Firaz mencekak pinggang.
"Tengah buat kerjalah ni. Kalau bini kau jatuh, itu yang dinamakan takdir," jawab Enrique bersahaja.
Firaz meraup wajahnya, kurang didikan betul si gila ini. Sesuka hati menjawab.
"Kau fikir senang ke nak buat anak?" Herith memandang Enrique.
"Tak tahu dan tak nak tahu. Aku tak kahwin lagi." Enrique menggeleng beberapa kali.
"Aku ada kerja sikit lagi ni, kenapa datang? Punyalah banyak hospital kat Malaysia, sini juga kau nak buat semak." Firaz membebel kecil sambil menyingsing lengan bajunya.
"Bukan semak yang biasa-biasa. Aku nak suruh kau check perut perempuan ni untuk tengok ada hidupan lain ke tak." Enrique menunding jari tepat pada perut isteri Azlan.
"Pergi ambil nombor kat kaunter depanlah. Apahal kau masuk sampai dalam bilik aku ni?" soal Firaz.
"Saja, datang sebab nak tengok perut Ferliy. Sakit tak mengandung?" soal Herith pada Ferliy yang duduk di sebelahnya. Ferliy menggeleng kecil.
"Cubalah mengandung dulu baru tahu. Kau ada rahim tak?" Enrique menyoal dengan penuh kebodohan.
"Err kejap nak check..." Herith memegang zip seluarnya.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...