Pinggan dan gelas yang telah digunakan dicuci. Fikiran melayang jauh memikirkan hubungannya bersama Hezrick yang kian renggang. Tangan dikeringkan menggunakan kain sebelum dia meluru ke ruang tamu.
Luka di bibir dan pipi telah pulih sepenuhnya. Cuma parut di tangan masih berbekas. Kuat betul cengkaman suaminya sehingga boleh meninggalkan parut yang sebegini rupa. Parut itu disentuh. Wajah Hezrick muncul di dalam fikiran.
Bunyi pintu pagar dibuka menyentakkan lamunannya. Langsir tingkap diselak. Tiada pula kelihatan kelibat sesiapa di pintu pagar itu.
Dahinya berkerut. Jantung mula berdegup kencang setelah teringatkan kes-kes pecah rumah yang berlaku di kawasan ini. Menyesal dia tidak menerima pelawaan ibunya untuk ke pasar raya sebentar tadi.
Tombol pintu utama diperiksa. Nasib baik sudah berkunci. Dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Pintu biliknya juga dikunci.
Dadanya dipegang. Dia cuba untuk bertenang. Mungkin bunyi tadi terhasil daripada pelanggaran angin yang kuat, mungkin?
Telefon bimbitnya berdering. Hairan melihat nombor private yang menghubunginya itu. Punat hijau ditekan. Dengan rasa yang takut dia melekapkan skrin pada telinga.
"Pakai tudung dan keluar sekarang," arah suara garau itu sebelum talian mereka diputuskan.
Mikayla mengerutkan dahi. Siapa ya? Suara itu bukan milik suaminya. Tetapi seperti pernah dia dengar cuma tidak ingat pula di mana. Dia meletakkan telefon bimbit ke atas tilam. Otaknya masih mencuba untuk membuat pengecaman.
Tidak lama kemudian, bunyi pintu utama yang ditendang kuat membuatkan tubuhnya tersentak hebat. Mata membulat besar. Seseorang telah memecah masuk rumahnya!
Mikayla berdiri dan terus mencari tempat untuk bersembunyi. Tubuhnya terkaku melihat pintu biliknya dibuka dengan begitu mudah dari luar.
"Kau pekak ke? Aku dah suruh keluar tadi kan, kenapa buat serabut lagi dalam bilik ni?" soal Enrique beriak bengang.
Mikayla masih berdiri kaku. Dia tidak tahu ingin menayangkan reaksi yang seperti apa kepada lelaki itu. Bagaimana lelaki itu memasuki rumahnya dengan begitu mudah sedangkan pintu berkunci?
Enrique merengus kasar. Buang masa betul!
"Memang semua perempuan lembab macam kau ni ke?"
Mikayla diam dan masih merenung riak bengang Enrique dengan renungan aneh.
"Kau tercegat apa lagi? Cepatlah! Aku kira sampai lima, lambat aku tinggal."
"1... 2... 3... 4..." Belum sempat kiraannya dihabiskan, Mikayla bersuara.
"Kejap! Janganlah kira!"
Enrique melihat gadis itu menggelabah mencari sesuatu di dalam almari. Kakinya terus melangkah keluar.
Mereka tiba di hadapan mansion. Enrique keluar dari perut kereta bersama riak biasa.
Hezrick membuka pintu penumpang. Lengan Mikayla ditarik sebelum tubuh itu dipeluk erat.
"Aku risaukan kau..." Hezrick menghela nafas lega.
Nasib baik Enrique sempat menuju ke rumah Encik Anuar. Jika tidak, pasti gadis ini sudah menjadi mangsa penculikan.
"Kenapa?" Anak mata suaminya direnung.
"Aku risau Kayla. Terlalu risaukan keselamatan kau. Sebab nilah aku tak nak kau jauh dari aku..." Kedua-dua belah lengan gadis itu dipegang.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...