Baru saja beberapa saat Mikayla dan Hezrick siap memasang seatbelt tiba-tiba pintu penumpang di sebelah belakang dibuka dari luar.
"Nak ikut tapi janji tak ganggu..." ujar Herith yang sudah duduk di tengah-tengah seat.
"Tapi aku dah nak balik ni." Hezrick memandang wajah adiknya.
"Tipu!" Enrique bersama Ad juga mengambil tempat masing-masing.
Hezrick menoleh ke arah Mikayla. Baru saja dia ingin membawa isterinya melihat pemandangan bandar tanpa ada sebarang gangguan.
"Semak betullah aku dengan anjing-anjing ni," omel Hezrick.
"Tak nak marah-marah macam ni. Bawalah dia orang sekali." Mikayla menyentuh lengan Hezrick untuk menenangkan lelaki itu.
"Yelah sayang... Tadi naik apa? Kenapa sekarang sibuk dalam kereta aku?" soal Hezrick pada tiga orang lelaki itu sambil memulakan pemanduannya.
"Teksi," jawab Ad sepatah.
"Asal pulak? Kereta kat rumah tu dah tak ada tayar ke?" Dahi Hezrick berkerut.
"Saja nak feeling-feeling ada driver. Duit banyak baik kita gunakan sebaik mungkin. Tak adalah terperam je dalam wallet. Bijak kan otak aku?" Herith yang tersenyum memandang ke arah Enrique dan Ad bersilih ganti.
"Bodoh je aku tengok," jawab Enrique sambil menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.
"Kakak ipar pegang apa tu? Nak sikit!" Tanpa rasa malu Herith merampas bekas aiskrim di tangan Mikayla.
"Makanlah semua, saya dah kenyang." Mikayla menayangkan senyuman manisnya.
Tiba di lokasi, Hezrick membuka pintu untuk Mikayla. Mereka berdua bergerak meninggalkan penyibuk-penyibuk itu.
Pemandangan dari atas bukit ini kelihatan begitu menarik. Bandar yang masih terang bercahaya jelas terlihat dari sini. Sungguh menyenangkan ditambah pula dengan udara segar.
Mikayla berdiri sambil memeluk tubuh memandang ke hadapan tanpa menghiraukan bising dari empat orang lelaki yang sedang berbual itu.
Sudah masuk minggu kedua dia tinggal bersama keluarga ini. Dia dapat menyesuaikan diri dengan baik.
Setiap pagi, petang dan malam ada saja rasa tidak puas hati di antara mereka. Pergaduhan itu akan merapatkan lagi hubungan persahabatan yang telah sekian lama terjalin ini.
Sedang dia mengelamun, tiba-tiba keadaan menjadi sunyi sepi. Mengapa lelaki-lelaki itu diam?
Pandangan diliarkan ke sekeliling. Wajahnya berubah pucat setelah terpandangkan satu susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri di sebalik pokok sedang menghadap tepat ke arahnya. Adakah itu hantu?
"Ada setan tengah perhatikan bini kau Ricky..." kata Enrique bernada perlahan.
Hezrick terus meluru ke arah Mikayla. Dia berlari setelah melihat lelaki itu ingin melemparkan sesuatu ke arah isterinya.
"Watch out!" Hezrick menjerit sebelum tubuh isterinya ditarik menjauhi bom tangan yang dilempar musuh.
Boom!
Mereka berdua terjatuh di atas rumput. Lambat sesaat saja lagi pasti mereka berdua mati.
Bang! Bang! Bang!
Tiga das tembakan dilepaskan Enrique ke arah kawasan hutan tersebut. Lelaki tadi sudah tidak lagi kelihatan.
Mikayla menutup kedua-dua belah telinganya. Tubuhnya ditolak Hezrick ke arah kereta. Langkah mereka terhenti separuh jalan setelah terlihat satu cahaya bewarna oren menyala di bawah kereta.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...