Bab 7

13.3K 585 6
                                    

     Kedengaran bunyi jam loceng telah mengganggu lena seorang gadis muda yang sedang enak beradu di atas katil empuk. Gadis itu menutup jam tanpa melihat angka pada jam itu. Dia kembali tidur kerana hari ini adalah hari cutinya.

     Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi telefon bimbitnya pula menjerit minta diangkat. Dia menekan punat hijau tanpa melihat si gerangan yang telah menganggu paginya ini.

     "Hello..." Sapanya dengan suara yang serak, matanya kembali dipejam.

     "Assalammualaikum Cik Kayla, buat kilang tahi mata lagi? Dah tengahari ni Cik Kayla oi awak tak boleh bangun lewat macam ni, tak elok la," sembur si pemanggil.

     Mata Mikayla membulat besar setelah mendengar suara sahabatnya itu. Dia bangun secara mengejut. Bagaimana boleh terlupa ni?

     "Awak lupa plan kita nak keluar hari ni?"

     "Wa... walaikummussalam, sorry saya terbangun lewat..."

     "Semalam tengok movie lagi?" Soal Amira ingin tahu. Sudah masak sangat dengan perangai sahabat baiknya yang seorang ini.

     "Ya, lepas subuh tadi saya tertidur," jawab Mikayla perlahan.

     "Okay 15 minit untuk awak bersiap, cepat! Saya on the way ni!" Jerit Amira di dalam talian.

     "Tapi sa...."

     Belum sempat Mikayla berkata-kata, talian mereka diputuskan Amira. Alamak!Mana cukup masa 15 minit untuk bersiap! Dia bergegas bangun menuju ke bilik mandi untuk membersihkan badan.

     Pin! Pin! Pin!

     Kedengaran bunyi hon kereta beberapa kali membuatkan Mikayla mencapai sikat rambut dan handbag dengan pantas sebelum gadis itu berlari keluar daripada bilik.

     "Aip nak pergi mana laju-laju ni?" Soal ibunya, Puan Qamaria.

     "Nak keluar dengan Mira bu, Kayla pergi dulu ya..." Pamit Mikayla dengan sopan seraya menyalami tangan Puan Qamaria. Puan Qamaria tersenyum melihat anak perempuannya yang nampak tergesa-gesa.

     Mikayla pantas memasuki perut kereta milik Amira. Risau juga sekiranya sahabat baiknya itu membuka mulut berleter seperti mak nenek.

     "Ish ish ish, rambut basah dengan tak bersikatnya. Anak dara siapalah ni?" Amira menggeleng-gelengkan kecil melihat keadaan Mikayla yang nampak berserabut.

     "Ish salah awaklah, lambat kejut saya." Marah Mikayla bersama mimik wajah yang masam mencuka.

     "Aik, salahkan saya pulak? Awak ada jam kan, suruhlah jam awak kejut..." Kata Amira bernada tenang sambil menurunkan handbreak lalu kakinya menekan pedal minyak secara perlahan-lahan, kereta mula bergerak.

     "Kita nak ke mana dulu?" Soal Mikayla setelah sekian lama mereka berdiam di dalam kereta.

     "Butik mama..." 

     Mikayla mengangguk, sangat mengerti mengapa gadis itu mahu ke butik milik mamanya terlebih dahulu.

     Tiba di destinasi mereka iaitu butik kepunyaan mama Amira. Tanpa membuang masa, mereka pantas melangkah masuk melalui pintu utama butik yang tampak elegant itu kerana panggung wayang akan bermula dalam masa beberapa minit sahaja lagi.

     "Assalammualaikum mama..." Amira memberi salam kepada mamanya yang sedang menyusun baju-baju pengantin.

     "Waalaikummussalam, tadi call cakap nak keluar tapi kenapa datang ke sini?" Soal Puan Sri Sahara bersama senyuman manis.

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Where stories live. Discover now