Mata dicelik perlahan-lahan, sinaran cahaya matahari melalui tingkap membuatkan matanya terasa silau untuk dibuka secara terus.
Siling bilik direnung. Apa yang telah terjadi semalam? Mengapa dia begitu bodoh sehingga boleh terjatuh di dalam dakapan gadis itu?
Kepala gadis yang terletak di atas bahu sebelah kanannya diusap lembut. Gadis itu masih lena diulit mimpi indah. Tidak sangka semua ini akan berlaku terhadapnya. Tubuh gadis itu dirangkul, apa yang telah berlaku semalam benar-benar boleh menganggu lena malamnya tiga hari berturut-turut. Sangat indah!
Satu kucupan yang penuh kasih sayang singgah di dahi gadis itu. Ucapan selamat pagi pada gadis itu dibisik perlahan, mungkin ucapannya itu boleh menyebabkan mimpi gadis itu menjadi semakin indah.
Rangkulan dilepaskan, kepala gadis itu diangkat lalu diletakkan ke atas bantal empuk bewarna coklat gelap, dia mula duduk di birai katil.
Wajah gadis itu direnung lama, matanya terjatuh pada bibir merah bak delima milik gadis itu. Bibir mungil ini telah menjadi kerakusannya semalam. Terasa ingin lagi tetapi tidak mengapa, biarlah gadis itu berehat terlebih dahulu. Selimut dinaikkan sehingga menutupi bahu gadis yang masih tidak sedar dari lenanya itu.
Pintu balkoni dibuka luas, dia yang hanya berseluar pendek paras lutut melangkah keluar sebelum punggungnya dilabuhkan ke atas salah sebuah kerusi yang terletak di situ. Rokok dinyalakan, putung rokok itu disedut lalu dihembuskan.
Pemandangan pada pagi itu kelihatan begitu indah. Kondominium miliknya yang berada di tingkat 35 ini sudah cukup untuk dia melihat seluruh kota India yang kelihatan sesak. Tersenyum sendiri apabila teringatkan kejadian semalam, kejadian yang sungguh tidak disangka.
Flashback
Matanya membulat besar setelah melihat si gerangan yang sedang berdiri di muka pintu dapur. Jika tadi, dia ternampak seperti bayangan susuk tubuh sahaja tetapi sekarang? Bayangan itu telah bertukar menjadi seorang manusia yang benar-benar berada di situ.
Tubuh gadis yang telah menindihnya ditolak kasar sehingga gadis itu terjatuh di atas lantai, hampir saja dia lemas di dalam dakapan gadis ini. Jika tidak, hancurlah hubungannya bersama Mikayla.
"Apa masalah you ni?!" Marah Dharni.
Hampir saja bibirnya dan bibir milik lelaki itu bersatu. Tiba-tiba dirinya ditolak kasar, perutnya yang terasa senak dipegang, senak akibat terkena lutut lelaki itu. Matanya menikam tajam wajah Hezrick yang kelihatan cuak dan pucat itu, apa masalah dia ni? Beginikah caranya melayani gadis di atas ranjang? Terlalu kasar!
"I bercakap dengan you ni, you pandang kat mana?" Soal Dharni, rasa geram apabila lelaki itu mengendahkan soalannya.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...