Kehadiran tiga orang lelaki yang dinanti-nantikan tiba di bilik mesyuarat. Mereka melangkah masuk dengan mulut yang sibuk bersembang antara satu sama lain sebelum punggung dilabuhkan di tempat masing-masing.
Mulut mereka masih tidak berhenti bercerita seiringan tawa yang kuat. Langsung tidak kisah akan mata-mata yang sedang memandang ke arah mereka.
Secara tiba-tiba Freddy bangun dari kerusi. Dia melangkah meluru ke arah Ejad bersama riak biasa. Dia berhenti betul-betul belakang kerusi Ejad. Yang lain hanya jadi pemerhati Freddy. Ejad masih sibuk bersembang.
Pak!
Kepala Ejad dilepuk kuat. Ejad mengerang kesakitan sambil menggosok kepalanya. Wajah Freddy direnung bersama dahi yang berkerut menahan sakit.
"Apahal kau ni? Kepala aku tak pernah cari masalah dengan kau pun." Ejad mula berdiri sambil merenung tajam wajah Freddy.
"Siapa suruh cari pasal dengan aku pagi tadi," ujar Freddy bersahaja.
Belum sempat Ejad menjawab. Matanya terus terpandangkan pintu yang dibuka dari luar. Mikayla dan Ferliy melangkah masuk ke dalam bersama dulang air di tangan.
Kedua-dua dulang itu diletakkan ke atas meja hadapan mereka. Mikayla menayangkan senyuman manis buat Hezrick yang memandangnya hairan.
"Kenapa? Nak ni?" Hezrick mengangkat penumbuk kanannya ditunjukkan kepada Mikayla.
"Saja hantar air. Buat kerja amal sikit." Mikayla tersenyum kecil. Dia terus menarik lengan Ferliy untuk keluar namun gadis itu tidak mahu.
"Eh kita kena keluar. Suami awak tengah bekerjalah..." ujar Mikayla. Lengan kecil gadis itu tidak dilepaskan.
"Saya nak dengar apa yang mereka ni bincangkan..." ujar Ferliy. Tanpa segan silu punggungnya dilabuhkan ke atas riba Firaz.
"Abang dah pesan tadi jangan ganggu abang nak meeting." Firaz mengusap lembut sisi pinggang Ferliy.
"Okey. Kejap lagi kita keluar nak?" Ferliy berdiri di sisi Firaz. Firaz mengangguk kecil seraya membuat isyarat tangan menyuruh Ferliy keluar. Memalukan saja.
Ferliy dan Mikayla melangkah keluar tanpa kata.
"Lepas ni siapa pulak nak jadi pengganggu?" soal Hezrick berbaur perlian kepada Herith dan Enrique yang hanya diam sejak tadi.
Mereka memandang satu sama lain. Hezrick berdiri dan terus mengambil sebatang kayu rotan yang agak panjang. Muncung kayu itu menunjuk tepat pada skrin besar televisyen.
"Kenal tak siapa ni?" soal Hezrick kepada mereka semua. Ada yang mengangguk dan ada juga yang menggeleng.
"Siapa?" soal salah seorang team Cobra yang bernama Imran.
"Entah, aku pun tak tahu." Hezrick mengangkat kedua-dua belah bahunya. Tangannya menekan satu butang yang berada di sebelah skrin besar itu.
"Alahai bodohnya bos kau tu." Herith bersuara sambil memandang Imran yang duduk di sebelahnya.
"Bos aku abang kau, memang keturunan bodoh pun." Imran membalas kata-kata Herith.
Herith meletakkan jari telunjuk di bibirnya tanpa menoleh ke arah lelaki itu.
"Tapi aku kenal dia ni, kau orang kenal tak?" soal Hezrick sambil menunjuk satu lagi gambar.
Skrin televisyen itu memaparkan gambar seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an sedang makan bersama beberapa orang lelaki di dalam bilik makan sebuah hotel mewah.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...