Bab 19

9.5K 403 9
                                    

     Wajah Mikayla direnung Hezrick dengan renungan yang penuh minat. Gembira dapat berada di samping gadis ini. Kedua-dua belah tapak tangannya mula menongkat dagu, senyuman manis ditayangkan.

     "Janganlah," Mikayla menepis tangan Hezrick yang menongkat dagu, rasa tidak selesa apabila direnung sebegitu.

     "Shh, focus." Hezrick meletakkan jari telunjuk kanan di bibirnya.

     "Saya tak boleh," Mikayla menggeleng beberapa kali.

     "Kenapa? Sebab aku kacak sangat ke hari ni?" Kening dijongketkan beberapa kali.

     "Awak tak kacak pun. Tapi awak nampak pelik, sihat ke tak?"

     "Iye ke? Aku rasa akulah lelaki yang paling kacak dalam kolej ni," bisik Hezrick di cuping telinga gadis itu.

     "Eee perasannya dia ni," Mikayla menarik riak muka jijik.

     "Suka hati kaulah nak cakap apa kat bakal suami kau ni Kayla," kata Hezrick bersama senyuman manis.

     "Sa..." Mikayla tidak menghabiskan kata-katanya setelah merasakan lengan dicengkam sesuatu.

     "Shh, madam dah pandang lain tu." Tegur Amira bernada bisik. Mikayla mengangguk kecil.

     Herith hanya menumpukan perhatian tanpa ada rasa untuk mencelah kata-kata Mikayla dan Hezrick mahupun Amira. Tetapi fikirannya melayang jauh, jauh sehingga ke angkasa lepas oleh kerana mengantuk dan lapar.

     Tidak lama kemudian, perutnya berkeroncong semakin kuat menandakan yang dia benar-benar sudah tidak dapat menahan laparnya lagi. Bebola mata diputarkan ke arah Hezrick. Abangnya itu buat-buat tidak perasan akan renungan meminta simpati darinya.

     "Aku dah tak boleh tahanlah," kata Herith perlahan meminta perhatian.

     "Pergilah makan sana, gemuk." Kata Hezrick tanpa memandang wajah minta kaki Herith.

     "Bagus cadangan kau tu. Aku nak keluar dan tak nak masuk dah sampai esok." Ujar Herith seraya berdiri sebelum kakinya diaturkan ke arah pintu keluar.

     Hezrick merenung belakang tubuh adiknya yang kian menjauh, bukan dia tidak tahu yang lelaki itu ada hal lain. Mungkin bosan kerana tiada Enrique si pembuat bala.

     Punggungnya dilabuhkan ke atas salah sebuah kerusi di kafe kolej itu. Mata diliarkan ke sekeliling bagi mencari seseorang. Sedang dia mencari, matanya tertancap pada seorang lelaki berhoodie sedang tidur di atas kerusi panjang yang terletak di sudut sisi kafe. Bibirnya menarik senyuman nakal.

     Kakinya diaturkan meluru ke arah lelaki itu sebelum dia menarik skop hoodie bagi menampakkan wajah yang sedang lena.

     "Ololo comel je syaitan ni tidur. Tapi dia mati ke tidur?" Hairan dia melihat wajah Enrique yang kelihatan pucat.

     Nadi pada leher Enrique disentuh lama. Kadar denyutannya biasa sahaja. Tangan beralih pula ke dagu miliknya, memikirkan tentang apa yang lelaki ini telah lakukan semalam. Nak kata keluar, tidak juga. Enrique hanya berada di dalam bilik sahaja sepanjang malam.

     "Bro, jom makan. Aku laparlah." Bahu Enrique ditepuk perlahan. Lelaki itu langsung tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

     "Bro!" Nada suaranya dinaikkan seoktaf.

     Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengejut Enrique bangun. Selama ini lelaki itu memang tidak akan bangun jika tidur dalam keadaan yang terlalu penat.

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Where stories live. Discover now