Pada hari ini, Mikayla menjaga cafe seorang diri kerana Kak Dila telah mengambil cuti sakit. Senyuman di bibir Mikayla kelihatan begitu berseri-seri daripada sebelum ini kerana malam semalam dia telah menerima panggilan belajar daripada sebuah universiti yang telah dimohonnya.
Tubuh badannya berada di situ tetapi akal fikirannya pula melayang jauh memikirkan jawapan kepada pelbagai persoalan yang sedang bermain-main di minda. Adakah perlu untuk dia memaklumkan hal ini pada Hezrick?
Hatinya berasa serba salah sekiranya tidak memberitahu lelaki itu tentang hal ini. Tetapi fikirannya pula mengatakan bahawa dia tidak perlu memberitahu apa-apa.
"Dia bukan penting pun," omel Mikayla perlahan. Tangannya kembali menyusun kad-kad menu yang terletak di dalam rak sisi meja kaunter.
Seorang lelaki memakai hoodie bewarna kelabu gelap melangkah masuk ke dalam kafe sebelum dia menoleh ke arah Mikayla yang sedang membuat kerja. Senyuman sinis terukir di bibirnya sambil dia melangkah ke arah kaunter.
"Bagi aku hot chocolate." Kata lelaki tersebut. Mikayla diam merenung separuh muka yang diselindungi skop kepala hoodie di hadapannya itu.
Macam kenal saja tapi macam tidak kenal pula, siapa ya lelaki ini? Lama Mikayla merenung separuh wajah itu tanpa melakukan sebarang tindakan, fikirannya hanya terbayangkan seorang lelaki yang selalu memesan hot chocolate padanya.
"Awak Ricky?" Soal Mikayla setelah lama dia memerhati.
Tubuh badan tegap lelaki ini nampak seperti Hezrick saja. Tidak mustahil juga sekiranya Hezrick ingin menyembunyikan identitinya daripada diketahui Mikayla.
"Bukan."
"Tapi awak nampak macam Ricky..." Mikayla menayangkan senyuman nipis.
"Boyfriend kau?"
Mikayla hanya menggeleng beberapa kali.
"Habis tu yang kau sibuk nak sebut-sebut nama dia depan aku ni kenapa?" Suara lelaki itu kedengaran tegas membuatkan Mikayla takut lalu menundukkan wajahnya.
Rasa gerun pula untuk berhadapan dengan lelaki yang bersuara seram seperti ini. Mikayla menghulurkan resit pada lelaki itu, resit itu disambut dengan kasar. Apa masalah dia? Pagi-pagi yang indah seperti ini sudah mahu marah orang lain tidak tentu fasal.
Pintu kaca kafe ditolak sebelum matanya diliarkan ke sekeliling mencari kelibat buah hatinya. Nafas lega dihela setelah melihat Mikayla yang sedang berangan di kaunter.
Dia bergegas ke sini setelah melihat seorang lelaki yang tidak diketahui identiti melangkah masuk ke dalam kafe. Dia begitu risau tentang keselamatan Mikayla, dia tahu yang musuh mereka sudah mula bertindak.
Tetapi apa yang lelaki itu mahukan daripada Mikayla? Sudah lama dia perasan tentang kehadirannya, cuma dia tidak bertindak selagi lelaki itu tidak menunjukkan sebarang ancaman kepada gadis kesayangannya.
Kakinya diaturkan ke arah Mikayla sebelum dia mengucup mesra pipi gadis itu, sengaja dia berbuat sebegitu untuk melihat reaksi si lelaki berhoodie. Mikayla tersentak, matanya membulat besar merenung wajah Hezrick yang tidak tahu malu mengucup pipinya.
"Tak ramai orang hari ni, sayang?" Soal Hezrick, nadanya dikuatkan sedikit kerana dia tahu bahawa musuhnya sedang memasang telinga.
"Awak nak apa ni? Kalau datang sini semata-mata untuk ajak saya bersembang, awak boleh balik." Mikayla menjeling tajam wajah Hezrick.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Acción[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...