Setelah otak mentafsir kata-kata Mikayla terhadapnya sebentar tadi barulah dia berdiri kemudian berlari ke arah pintu keluar.
Dia seperti baru tersedar yang dia akan kehilangan Mikayla sekiranya membiarkan gadis itu pergi begitu sahaja.
Langkah Mikayla dikejar. Nama gadis itu dipanggil beberapa kali namun gadis itu langsung tidak berpaling ke belakang. Sungguh marah gadis itu terhadapnya.
Sambil dia berlari anak, dia juga marah terhadap mulutnya yang berkata sesuka hati tanpa memikirkan perasaan gadis itu.
Kelibat Mikayla yang sudah hilang dari pandangan dicari dengan perasaan gusar. Ke mana pula gadis itu pergi? Sudahlah dia tidak memakai contact lens ketika ini.
Sedang dia berjalan di tingkat ketiga bangunan itu, tiba-tiba dia mendengar bunyi pintu ditutup.
Kepala dipalingkan ke arah bunyi tersebut yang datangnya dari tandas perempuan. Kakinya dihalakan ke arah tandas. Berharap agar Mikayla berada di dalam. Tombol pintu dipulas.
"Awak cari apa?" soal Mikayla yang tiba-tiba berada di belakangnya.
Hezrick tersentak. Dada yang berdebar dipegang. Mata pula dipejam seketika sebelum tubuhnya berpaling ke belakang.
Wajah Mikayla yang masih basah dan kemerahan direnung lama sebelum tubuh genit gadis itu dirangkul erat.
"Aku fikir kau ada dalam ni." Ubun-ubun Mikayla dikucup sekilas.
Lama Mikayla diam berada di dalam dakapannya. Wajah manis itu direnung lama. Air mata yang masih bertakung di kelopak mata diseka lembut.
"Ricky," seru Mikayla perlahan. Mata mereka bersambung tepat. Hezrick mengangkat sebelah kening.
"Jom kahwin lari." Setitik air mata mengalir di pipi seiringan dengan kata-katanya.
"Kau putuskan hubungan dengan lelaki bertatu tu, dia tak layak jaga kau Kayla. Sampai mati pun aku takkan terima dia jadi menantu aku! Kau perlu bernikah dengan Adam Haiqal secepat mungkin! Minggu depan kau balik sini dan kita langsungkan pernikahan tu."
Encik Anuar terlalu mendesaknya sehingga dia terpaksa memilih jalan ini. Jalan menuju kebahagiaan di masa hadapan.
Ekoran daripada itu, dia mendapat tahu bahawa Hezrick pergi ke Johor bertemu dengan ayahnya namun permintaaan lelaki itu telah ditolak mentah-mentah.
"Itulah yang aku nak cakap sekarang. Betul ni dah ready?" soal Hezrick menginginkan kepastian.
Mikayla mengangguk perlahan. Hezrick tersenyum mendengar jawapan itu. Kebahagiaan yang terlalu bermakna baginya ketika ini, sungguh dia tidak sangka akhirnya mereka akan bernikah setelah sekian lama dia menanti.
Mikayla menjerit kecil merasakan tubuhnya diangkat Hezrick. Daripada dia menyeksa diri untuk bersama lelaki yang tidak dicintainya, lebih baik dia kahwin lari bersama Hezrick, seorang lelaki yang sanggup mengejar cintanya tanpa henti.
Setelah dia mendapat tahu tentang Hezrick yang sanggup berjumpa Encik Anuar, pilihannya tidak salah lagi. Lelaki ini benar-benar ikhlas ingin menghalalkannya.
"Err boss?" tegur seorang wanita berumur dalam lingkungan 30-an.
Hezrick menurunkan Mikayla sebelum wajahnya dipalingkan ke sisi. Mikayla menarik senyuman kekok. Malunya tertangkap!
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...