Mata merenung siling, memikirkan tentang alasan yang harus diberikan kepada Encik Anuar untuk tidak bernikah dengan lelaki yang menyimpan dendam terhadapnya.
Bagaimana dia tahu tentang itu? Kali ini sudah masuk tiga hari lelaki itu mengganggunya dengan cara menelefon.
Dia mula duduk. Perasaan apakah ini? Sakit atau kecewa? Adakah kedua-dua rasa itu sama sahaja? Sampai hati ayahnya sanggup memutuskan keputusan yang begini tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.
Dia perlu mencari jalan untuk menjauhkan diri daripada sesuatu perkara yang amat klise ini. Gilakah untuk dia terima? Lelaki itu menakutkan.
Lelaki itu pernah memukul seorang gadis di hadapan matanya sehingga koma dua bulan. Dia tidak tahu-menahu tentang masalah mereka tetapi mengapa perlu sampai pukul?
Pandangan mata beralih pula pada telefon bimbit miliknya. Kepala mula terfikirkan tentang Hezrick. Apa yang lelaki itu sedang lakukan ketika ini?
Rasa rindu pula selepas tiga hari tidak bertemu. Tangan mencapai telefon bimbit tersebut, nak call ke tak ya? Dan akhirnya dia memutuskan untuk menelefon lelaki itu.
Tut tut...tut tut...tut tut
Tidak berjawab.
Tut tut...tut tut...tut tut...tut tut
Masih tidak berjawab. Keluhan kecil dilepaskan. Ke mana lelaki itu? Tiga hari ini diam sahaja. Hezrick langsung tidak menelefon atau menghantar mesej kepadanya. Marah sangatkah lelaki itu tentang perkara yang terjadi beberapa hari yang lalu?
Sehari selepas dia pengsan, dia mengalami demam. Walaupun sesuatu yang dia nampak itu hanyalah sebuah guni yang lama, tubuhnya berasa begitu terkejut. Tidak sangka Herith dan Freddy akan meninggalkannya bersendirian di tempat gelap seperti itu.
Paling rasa dirinya dihargai apabila dia terjaga daripada pengsan, telinganya menangkap bunyi lelaki-lelaki sedang bergaduh di dalam bilik hospital yang menempatkannya.
Hezrick memarahi kawan-kawannya kerana telah mengenakan Mikayla sehingga tidak sedarkan diri. Sifat lelaki itu membuatkan dirinya telah jatuh cinta, untuk kali yang ke berapa itu dia sendiri tidak pasti.
Dia kembali meletakkan telefon itu ke atas tilam. Tubuh direbahkan. Dia termenung memikirkan masalah. Masalah yang tidak akan pernah habis. Selama ini dia menolak lamaran Hezrick. Tetapi kini, Encik Anuar ingin menjodohkan dirinya dengan seorang lelaki yang terkenal dengan jolokan kasanova.
Hairan, dari mana Encik Anuar mengenali Adam Haiqal? Ayahnya hanya pemandu teksi, apa kaitan pula dengan lelaki itu? Bukankah Adam Haiqal masih belajar?
Kepalanya mula berserabut. Soalan-soalan yang semakin aneh dan berantai mula menyerang pemikirannya. Bilakah dia akan memperolehi jawapan kepada segala persoalan itu?
Matanya dipejam rapat sebelum dicelik kembali. Tidak senang duduk memikirkan punca ayahnya memutuskan keputusan sebegitu.
Mikayla melangkah keluar dari bilik dan terus menuju ke ruang tamu. Puan Qamaria disapa, sisi tubuh ibunya dipeluk. Adakah ibunya tahu tentang perkara sebenar?
"Ya Kayla? Mesti ada sesuatu ni" Teka Puan Qamaria, matanya melirik wajah ayu Mikayla.
"Kayla nak tanya tentang ayah..." Mikayla merenung kedua-dua belah mata Puan Qamaria. Puan Qamaria mengukir senyuman.
"Kayla, sebenarnya ibu pun tak tahu tentang bakal tunang kamu tu tapi ayah cakap lelaki tu dah lama kenal Kayla, sejak sekolah dulu lagi,"
"Ibu tak boleh ke cakap dengan ayah yang Kayla belum bersedia untuk bernikah atau tunang? Kayla nak habiskan belajar dululah ibu..." Mulutnya dibuat-buat jebek.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...