Bab 24

8.7K 353 10
                                    

     Sepasang mata milik Herith merenung sisi wajah Enrique dengan renungan yang begitu menghairankan. Bukankah lelaki itu sudah sihat? Mengapa wajahnya masih kelihatan pucat seperti sedang sakit?

     Tangan kanannya diangkat sebelum pipi milik Enrique dicucuk-cucuk menggunakan jari telunjuk. Enrique memutarkan bebola matanya ke arah Herith yang masih mencucuk-cucuk pipinya tanpa rasa bersalah.

     "Pahal bro?" Dahi Enrique berkerut.

     "Kau sakit ke? Kalau kau pengsan kat sini macam mana? Siapa nak angkat kau? Ricky tak ada ni..."

     "Kaulah angkat aku," jawab Enrique tenang.

     "Aku? Jangan harap. Nak sentuh kau pun aku rasa jijik, apatah lagi nak angkat badan gajah kau ni?" Herith menarik mimik muka menyampah.

     "Habis tadi tu apa?!" Jerit Enrique kuat mengundang perhatian pelajar di sekeliling mereka.

     "Perlu ke sampai menjerit?!" Herith meninggikan nadanya.

     "Kau bodoh sebab kau menjerit jugak!"

     "Makin melampau ya kau sekarang! Mentang-mentanglah Ricky manjakan kau semenjak kau sakit!" Herith mula bangun dari kerusi, jari telunjuknya ditunding tepat mengenai batang hidung mancung Enrique.

     "Kau nak cemburu macam budak-budak ni apahal?!" Enrique juga berdiri.

     Mereka berdua sudah berada di tengah-tengah pelajar yang mengerumuni mereka. Suka melihat dua ekor beruk ini bergaduh.

     "Dia abang aku!"

     "Dia kawan baik aku!" Enrique masih tidak mahu mengalah.

     "Kau tak layak berkawan dengan abang aku! Sebab kau penipu besar!" Jeritan Herith kedengaran semakin kuat.

     Enrique mengangkat tangan kanannya untuk menampar pipi Herith sebelum tangannya itu ditahan seseorang. Herith dan Enrique menoleh ke arah si gerangan yang telah menganggu sesi pergaduhan mereka pada petang itu.

     "Err... aku rasa aku patut tolong tapi tak apalah, teruskan bergaduh." Kata Ad bersama senyuman kekok.

     Genggaman tangannya pada lengan Enrique dilepaskan sebelum kakinya berundur beberapa langkah ke belakang. Rasa lain macam selepas melihat dua pasang mata helang itu menikam tajam wajahnya. Herith kembali merenung wajah pucat Enrique.

     "Kau nak tampar aku?!" Jerit Herith yang masih tidak berpuas hati.

     "Tak." Enrique menggelengkan kepalanya beberapa kali.

     "Kau..." Telefon milik Herith berdering dengan kuat. Punat hijau ditekan dengan kasar.

     "Kau buat apa?"

     "Bermain." Jawab Herith sepatah dan penuh kemalasan.

     "Lebih baik kau berhenti bergaduh dengan Enrique sebelum aku tembak seorang demi seorang."

     "Apahal kau pesan dekat aku? Kau patut pesan dekat si gila ni." Herith menjeling wajah Enrique.

     "Dia tak takut mati tapi kau takut. Pergi balik rumahlah kalau tak nak duduk kat situ. Aku tak paksa pun kau dua orang teman Kayla. Kenapa sampai buat kecoh depan orang ramai? Tak malu ke?" Bebel Hezrick panjang lebar.

     "Bisinglah kau ni Ricky. Tak sayang aku cakap ajelah. Jangan ugut-ugut nak bunuh bagai." Herith memutuskan taliannya bersama Hezrick.

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Where stories live. Discover now