Telefon bimbitnya berdering. Mikayla mengendahkan panggilan itu namun lama-kelamaan dia rasa bersalah pula. Skrin telefon itu ditekan-tekan.
65 missed call
Dua daripada 65 missed call itu daripada Nur Amira. Mikayla membulatkan mata, dia sudah terlupa akan sesuatu! Nombor Amira terus didailnya.
"Ha Kayla! Awak balik Johor langsung tak inform pada saya, nasib baiklah Zack ada cakap. Kalau tak, mesti saya dengan tak tahu apa-apa duduk kat rumah tu seorang." Amira memulakan perbualan mereka.
"Assalammualaikum Amira," sapa Mikayla membuatkan Amira tersentap.
"Wa'alaikummussalam, sorrylah saya geram sangat dengan awak ni, selalu buat saya risau..."
"Maaf ya? Saya terlupa nak bagitahu... Ad hantar saya balik, awak kat mana tu?" soal Mikayla.
"Saya kat kondolah. Takkan saya nak duduk dengan lelaki-lelaki yang kurang betul tu tanpa awak, seramlah."
"Ferliy kan ada? Awak jaga diri tau. Jangan lupa kunci pintu," pesan Mikayla lembut.
"Ferliy dengan Firaz? Dua orang tu asyik berkepit je... Iya awak pun sama..."
Selesai bersembang, talian mereka diputuskan Mikayla. Telefon bimbit diletakkan di sebelahnya. Nafas kecil dihela. Apa yang Hezrick sedang lakukan ketika ini?
Rasa tidak enak badan, panas semacam. Dua biji penadol selamat ditelan. Lampu dimatikan sebelum tubuh direbahkan ke atas tilam.
Skrin telefon bimbitnya menyala dek sensor gerakan. Wallpaper gambar mereka berdua sewaktu di Thailand terpapar. Kenangan mereka bersama terimbas di benak fikiran.
Beberapa hari sebelum mereka bernikah...
"Tapi saya ada syarat," Mikayla mengangkat muka, matanya merenung ke dalam sepasang anak mata Hezrick.
"Kenapa pulak? Kau ajak aku bernikah tapi kau pulak nak letak syarat. Tak ada, aku takkan setuju apa-apa. Kau nak kahwin dengan aku ke tak ni?" Hezrick mengerling wajah gadis yang duduk di sisinya. Mereka berdua dalam perjalanan balik ke rumah.
"Alaa awak kena setuju jugak. Kalau tak, hari ni last awak jumpa saya."
"Beritahu dulu syarat kau tu. Nanti aku pertimbangkan."
"Saya nak kahwin tapi saya tak sedia dengan tanggungjawab yang satu tu..." Mikayla memalingkan wajah ke hadapan memandang jalan. Dia sungguh berharap agar lelaki ini memahami keadaannya.
"Lepas bernikah nanti kau kena sediakan makan, pakai aku, mandikan aku, suap aku makan, silap hari bulan kau kena ikut aku masuk meeting tau." Hezrick tersenyum nakal.
"Ish takkanlah saya nak kena mandikan awak?" Mikayla mencebik. Gila ke?
"Aku suka manja yang macam tu, boleh kan sayang?" Lengan kanan Mikayla disenggol-senggol. Mikayla menjeling tajam wajah Hezrick. Mengada betul lelaki ini!
"Tak adalah, aku gurau je... Aku okey kalau kau tak ready. Aku setuju nak kahwin pun bukan sebab nafsu semata-mata, tapi adalah sikit-sikit tu... Aku boleh relaks lagi."
"Kenapa awak ni gatal ek?"
"Entah. Tiba-tiba je aku rasa gatal bila berdua dengan kau," jawab Hezrick bersahaja.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...