Tiba di di hospital, Mikayla terus dibawa ke bilik vvip. Gadis itu tiba-tiba sahaja tidak sedarkan diri di kafe tadi.
Mereka semua menunggu di luar bilik bersama Hezrick. Lelaki itu kelihatan tenang duduk di atas kerusi bermain telefon bimbitnya.
"Ricky! Kau tengok dia ni! Dia nak campak aku dalam bilik pesakit mental!" jerit Herith sambil menolak-nolak tangan Enrique yang memegang lengannya.
"Kau memang gila pun," jawab Hezrick bersahaja tanpa mengangkat wajah.
"Apa pulaknya! Tak naklah!" Herith meronta-ronta sebelum dia duduk di atas lantai bagi mempertahankan diri dari terus ditarik Enrique.
Semua yang berada di lorong itu menoleh ke arah kekecohan yang dilakukan Herith. Ada yang menayangkan riak biasa dan ada juga yang tertawa. Mungkin mereka fikir Herith adalah pesakit mental sebenar.
"Okey." Enrique melepaskan lengan Herith sebelum lengan itu diterajang membuatkan Herith terandas ke belakang dan terbaring di atas lantai hospital.
"Sakitnya... Kau ni memanglah! Suka buat aku sakit!" tengking Herith. Lengannya yang sakit digosok kasar.
Enrique meletakkan jari telunjuk pada bibir menyuruh lelaki itu diam. Herith mencebik, dia bangun dan terus mengambil tempat di sebelah Zack yang sedang berbual dengan Ad.
"Kenapa datang sini? Kandungan Ferliy baru je nak masuk enam bulan. Lambat lagi nak bersalin tu," ujar Enrique sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Hezrick.
"Kayla tiba-tiba pengsan kat kafe tadi." Laju saja Amira menjawab.
"Perempuan tu dah nak mati?! Habislah aku dengan Herith tak ada mangsa buli lepas ni!" Enrique membulatkan mata memandang Herith yang duduk bertentangan dengannya.
"Bini aku bukan untuk dibuli," kata Hezrick tenang.
"Iya betul. Dia hanyalah perempuan lemah. Aku dengan Enrique cuma tak nak dia rasa bosan hidup dengan kau. Diakan kakak ipar kesayangan aku. Takkanlah aku sanggup nak buli dia," kata Herith panjang lebar. Kedua-dua belah tangannya menutup mulut menahan tawa.
"Yeah kakak ipar kesayangan! Pfff..." Enrique menyokong pembohongan Herith.
Hezrick menghela nafas. Malas betul hendak melayan makhluk pengganggu hidupnya itu. Belakang tubuh disandar. Lama betul Mikayla diperiksa doktor.
"Nampak tak awek tu? Dia pandang akulah. Ini bermakna, aku lagi kacak dari kau!" Enrique menunding jari ke arah seorang gadis yang sedang duduk tidak jauh dari mereka.
"Tapi awek tu macam tak betul je." Herith mengerutkan dahi melihat gadis itu.
Gadis berwajah pucat itu merenung kosong ke arah mereka, seram pula. Manusia atau hantu? Dahinya bertambah berkerut melihat senyuman sinis gadis itu.
"Sah bukan manusia..." ujar Herith perlahan. Enrique merenung hairan ke arah gadis itu.
"Hantu pun ada nama sedap ke?" soal Enrique. Matanya masih merenung wajah gadis itu, mungkin gadis itu sedang sakit.
"Apa nama dia? Aku tak pakai lenslah. Rabun aku ni makin menjadi-jadi." Herith mengecilkan mata.
"Aku suruh buat laser hari tu tak nak. Nama dia Asniya," jawab Enrique.
Gadis yang bernama Asniya itu mula berdiri dan terus melangkah menghampiri mereka. Baju bewarna merah jambu yang dipakai jelas menunjukkan dia adalah salah seorang pesakit di sini. Gadis itu mengambil tempat di sebelah Enrique tanpa ada rasa malu dan takut.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...