Bab 31

8.5K 360 28
                                    

     Pintu yang sedia terbuka ditolak perlahan. Bunyi gelak tawa beberapa orang lelaki memasuki rongga telinganya. Seperti dia kenal akan bunyi-bunyi sumbang itu.

     Kakinya terus dihalakan ke ruang tamu. Mata tertancap pada plastik makanan ringan yang terletak elok di atas meja kopi.

     Kelihatan dua orang lelaki yang sangat dikenalinya berada di ruang itu berbual-bual sambil menonton televisyen tanpa mempedulikan kehadirannya.

     Keluhan kecil dihela sebelum kakinya diaturkan meluru ke arah dua orang lelaki yang sedang duduk di atas sofa tanpa rasa bersalah.

     Pak! Pak!

     Kedua-dua daripada mereka mengerang kesakitan selepas dipukul Hezrick. Secara langsung dua pasang mata itu menoleh ke arah wajah bengis Hezrick yang sedang berdiri sebelum senyuman kelat ditayangkan.

     "Kayla dah menangis dalam bilik tu. Kau orang boleh buat main lagi??" Mata Hezrick menikam tajam wajah kacak dua ekor monyet itu.

     "Kejaplah Ricky, jom prank perempuan tu nak?" Enrique mula bangun dari duduknya.

     "Prank kepala otak kaulah!" Hezrick terus melangkah ke arah bilik Mikayla.

     "Tak sportinglah dia tu. Tak boleh jadi membe ni. Elok nanti kita tinggal je dia kat tepi jalan." omel Enrique sebelum punggungnya kembali dilabuhkan ke atas sofa bersebelahan Herith.

     "Relax bro, nanti kita ajar dia cara-cara untuk bergembira sepanjang masa. Sekarang ni kita biarkan dulu," Herith menyuap seketul coklat ke dalam mulutnya sebelum seketul lagi disumbatkan ke dalam mulut Enrique.

     Tok! Tok! Tok!

     "Kayla, aku datang ni." Panggilannya langsung tidak disahut gadis itu.

     "Mikayla," Hezrick mula menguatkan nada panggillannya.

     Pintu terbuka, tubuh badannya terus dipeluk erat oleh gadis itu. Gadis itu mula menangis di dalam dakapannya.

     Hezrick merangkul pinggang ramping Mikayla, satu kucupan sekilas singgah di sisi kiri kepala gadis itu.

     "Sa... Saya takut... Amira dah keluar dengan Zack. Saya tak tahu nak buat apa bila jadi macam ni... isk..." Esakan kecil memenuhi ruang bilik itu.

     Perasaan yang dirasakannya sebentar tadi benar-benar boleh menyebabkan dirinya lemah tidak berdaya. Sudahlah dia seorang berada di dalam rumah. Ilmu pertahankan diri pula langsung tiada.

     "Nak pergi tengok penyangak tu?" Hezrick mengusap lembut kepala Mikayla.

     "Huh?! Dia masih ada?" Rangkulan pada tubuh Hezrick dilepaskan. Butir-butir jernih yang setia mengalir di pipi dibiarkan menitis ke lantai.

     Anggukan lelaki itu membuatkan jantung Mikayla berdegup dengan lebih kencang. Matanya diliarkan ke sekeliling bagi mencari kelibat si penjahat yang disebutkan Hezrick.

     "Penyangak paling bangang dalam dunia yang kau akan tengok hari ni," tangan Mikayla ditarik dan dibawa ke ruang tamu yang terletak tidak jauh dari biliknya.

     "Apa yang..." Kata-kata Mikayla pantas dipotong Hezrick.

     "Jangan tanya, aku pun tak tahu macam mana dua ekor anjing liar ni boleh terlepas dari sangkar,"

     Mikayla tidak membalas, wajah Hezrick direnung lama. Hezrick juga membalas renungan gadis itu. Mata bertentangan mata. Hezrick memegang dadanya yang berdegup kencang, dahinya pula dibuat-buat berkerut.

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Where stories live. Discover now