Wajah Freddy yang termenung memikirkan sesuatu direnung lama oleh Hezrick. Dari tadi lagi lelaki itu diam walaupun sudah pelbagai soalan telah diajukan kepadanya.
"Aku tanya, kau nak buat apa lepas ni?" Soal Hezrick ingin tahu, sudah lebih tiga kali dia bertanya.
"Aku nak jumpa Aunty Ara. Aku dah amanahkan dia untuk jaga Ferliy baik-baik dan sekarang ni dia langsung tak ada beritahu aku yang Ferliy dah lama tak balik rumah. Apa yang orang tua tu dah buat sebenarnya?" Freddy menunduk seraya meraup wajahnya.
Penat dia memikirkan tentang Aunty Ara, Ferliy patut tinggal bersama wanita tua itu, bukannya tinggal seorang diri! Wanita tua itu telah mempermainkan dirinya, selama ini wanita tua itu hidup dalam kemewahan yang telah dia berikan, tetapi adiknya?
Ferliy tidak akan lari dari rumah tanpa sebab, dia sangat mengenali adiknya yang seorang itu. Segala apa yang adiknya lakukan pasti mempunyai sebab munasabah, dia perlu siasat kes ini.
Baru sekarang dia berasa menyesal dengan apa yang telah terjadi, terlalu sibuk dengan kerjanya di sini sehingga adiknya yang disangka mendapat didikan secukupnya dari sebuah keluarga di sana sebenarnya terabai.
Jika dia tahu perkara ini akan berlaku, pasti dia membawa Ferliy tinggal di sini bersamanya sejak dari awal lagi namun nasi sudah menjadi bubur.
Dia sudah tidak mampu untuk mengubah apa-apa, adiknya rosak disebabkan kesilapannya sendiri yang mengambil ringan tentang keinginan seorang remaja.
"Pergilah. Settle dengan cara yang elok," arah Hezrick bersahaja, gelas minuman diletakkan ke atas meja.
"Bunuh ajelah. Untuk apa lagi kau guna cara elok? Setan tua tu dah pijak-pijak belakang kepala kau," celah Enrique yang baru melabuhkan punggungnya di sebelah Hezrick.
"Dah sihat?" Hezrick menoleh ke arah Enrique.
"Aku dah tembak virus-virus jahat tu guna micro sniper aku, lembik sangatlah virus baik sampai aku rasa rimas nak tunggu lama-lama. Aku dahlah tak boleh sabar nak beraksi malam ni," jawab Enrique panjang lebar. Hezrick hanya tersenyum nipis mendengar cerita dongeng lelaki itu.
"Aku nak keluar." Kata Freddy sebelum dia membuka langkah meninggalkan Enrique dan Hezrick di ruang tamu itu.
Hezrick dan Enrique hanya merenung belakang tubuh Freddy yang kian menjauh sebelum mereka berdua berpandangan sesama sendiri.
"Kau apahal pandang-pandang aku?" Dahi Hezrick berkerut melihat senyuman nakal di bibir nipis Enrique.
"Kau jangan ingat selama aku sakit ni aku tak tahu apa-apa tau," Enrique mengecilkan matanya merenung wajah berkerut Hezrick.
"Tahu apa?"
"Kau tak ingat dosa dah? Tidur dengan perempuan, bercium dengan perempuan, berpelukan dengan perempuan dan bercinta dengan perempuan," Enrique mula menyebut satu-persatu tentang apa yang telah lelaki itu lakukan.
"Takkanlah aku nak bercinta dengan kau? Jijik tahu tak?" Hezrick tergelak kecil melihat wajah serious Enrique.
"Kawan aku buat salah, aku kena tegur. Sampai bila aku nak biar dia hanyut dibawa arus sungai yang deras? Kahwin-kahwinlah Ricky, risau nanti Mikayla pun jadi macam Ferliy sebab tak cukup perhatian keluarga," Enrique bersandar pada penyandar sofa yang empuk sebelum matanya dipejam rapat.
"Jadi masalah pulak untuk aku kahwin dengan dia," Hezrick menghela nafas kecil teringatkan lamarannya yang telah ditolak mentah-mentah.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
حركة (أكشن)[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...