Bab 70

7.3K 343 35
                                    

     Sebuah tandas terbahagi kepada enam tandas kecil. Satu daripada enam buah pintu tandas kecil dibuka dari dalam menandakan ada seseorang yang berada di dalam tandas itu sejak tadi.

     Dengan riak biasa, lelaki itu melangkah keluar dan terus meluru ke arah musuh yang sedang mencempung tubuh Mikayla.

     Bahu musuh disentuh sebelum satu tumbukan dilayangkan tepat mengenai batang hidung musuh. Si musuh hilang keseimbangan badan, tetapi lelaki itu sempat menahan menggunakan tangan daripada terus terjatuh ke lantai.

     Tubuh Mikayla yang dilepaskan musuh sempat disambut Hezrick. Terlihat saja musuh yang sudah bersedia untuk berlawan membuatkan Hezrick menghela nafas panjang. Terpaksa dia menumpaskan lelaki di hadapannya ini terlebih dahulu.

     Kedengaran bunyi tembakan di luar tandas membuatkan Hezrick terus melayangkan kaki kanannya dalam pusingan 360 darjah mengenai leher musuh. Tetapi musuhnya hanya menerima kesan yang kecil daripada serangan kakinya itu.

     "Erm bini aku tengah mengandung ni. Aku letak dia dulu eak? Kesian anak dengan bini aku tak selesa nak tidur, kejap-kejap." Hezrick terus meletakkan tubuh Mikayla sedikit jauh dari tempatnya berdiri tadi.

     Tudung yang tersarung di kepala isterinya dibetulkan. Dia dapat melihat melalui ekor mata, lelaki tadi sedang mengacu pistol ke arahnya. Bunyi picu ditarik juga jelas menerpa masuk ke dalam rongga telinga.

     Hezrick berdiri secara perlahan-lahan kemudian dia terus berlari ke arah si musuh sebelum pistol di tangan musuhnya disepak kuat.

     Bang!

     Prang!

     Tembakan tersasar mengenai cermin sehingga pecah. Hezrick menoleh ke arah isterinya bagi memastikan gadis itu tidak terkena serpihan kaca yang pecah. Setelah dipastikan, matanya menikam tajam wajah si musuh.

     "Kalau kena bini aku tadi, sumpah aku sunatkan kau buat kali kedua. Kau fikir aku tak pandai potong alat sulit kau ke?" soal Hezrick bengang sebelum dia melayangkan tumbukan pada wajah musuh namun musuh sempat menahan menggunakan lengan.

     Hezrick mengangkat kaki kanannya lalu menendang perut musuh sehingga jatuh terdorong ke belakang. Sisi wajah musuh dipijak menggunakan tapak kasutnya. Darah membuak keluar dari mulut musuh. Padu juga tendangan kakinya tadi. 

     "Ini yang dipanggil handal? Lemah sangat, bukan taraf akulah," kata Hezrick sinis.

     Tangan mencempung tubuh Mikayla dan terus meluru ke arah lelaki tadi. Kakinya menyepak lalu memijak kepala musuh sehingga pengsan. Freddy yang telah menumpaskan tiga orang lelaki di luar tandas menjadi back up kepada Hezrick untuk membawa Mikayla ke tempat yang lebih selamat iaitu di sebalik dinding kaca kalis peluru.

     Ruang yang 'ditempah' Hezrick telah dipisahkan oleh dinding kaca tersebut demi menjaga keselamatan pesakit dan pekerja yang berada di ruang hadapan hospital itu.

     The Demonio Dentro sudah tersedia maklum tentang kehadiran anak buah Mabruce Lee yang akan menculik Mikayla di sini.

     Tubuh Mikayla diletakkan ke atas katil di sebuah bilik terkawal. Bilik kebal itu cukup selamat untuk melindungi Mikayla daripada musuh. Patung silikon bersaiz tubuh isterinya didukung dan dibawa keluar. Kain hospital diambil untuk digunakan sebagai tudung.

     Patung silikon manusia itu akan dijadikan sebagai umpan untuk menarik perhatian si musuh supaya mengekorinya keluar dari kawasan hospital. Mereka berlakon seperti sedang membawa tubuh Mikayla masuk ke dalam kereta milik Freddy.

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Where stories live. Discover now