Bab 57

6.5K 353 30
                                    

     Lengannya merangkul tubuh tegap Hezrick dari belakang. Lelaki itu hanya diam sambil menyelak beberapa helaian kertas yang berada di dalam sebuah file. Suaminya sering membelek kertas kerja pada waktu malam sebelum tidur sehingga dia merasa hairan. Apa sebenarnya yang dilihat lelaki itu?

     Wajahnya disembamkan pada belakang tubuh lelaki itu. Hezrick yang duduk di birai katil langsung tiada rasa untuk melayan Mikayla.

     Kebiasaannya gadis itu tidur awal, selepas solat isya' terus baring dan tidur. Mungkin penat melayan karenah gila Enrique dan Herith setiap hari.

     Terasa tangan kecil milik gadis itu menyusup masuk ke dalam singletnya. Sejuk sahaja tangan itu menyentuh kulit perutnya.

     Pada mulanya, dia hanya membiarkan jari runcing gadis itu menari-nari di perut. Tetapi, setelah dia merasakan puting dadanya ditarik-tarik sehingga menyebabkan rasa kengiluan, tangan gadis itu dipegang lalu dialih keluar tanpa berkata-kata.

     Mikayla masih berdegil, sekali lagi baju lelaki itu diseluk masuk. Hidung mancungnya digesel pada tulang belakang suaminya berkali-kali.

     Hezrick merenung lama tangan Mikayla yang bergerak-gerak di dalam bajunya. Cari masalah betul perempuan ni. File ditutup lalu diletakkan ke atas meja sisi katil.

     Punggungnya diesot sedikit ke hadapan. Baju ditanggalkan sebelum tubuhnya dipaling ke belakang menghadap Mikayla. Mata isterinya yang membulat besar direnung dalam-dalam.

    "Nak goda aku sangatkan? Ha layan aku malam ni."

     Tubuh gadis itu terus ditolak baring di atas katil. Tiba-tiba jantung Mikayla berdegup pantas dan semakin laju apabila lelaki itu mula menindih tubuhnya.

     "Buk... Bukan, saya cuma..."

     Bibir gadis itu diragut rakus. Malam ini dia tidak akan melepaskan Mikayla walau banyak mana sekalipun alasan yang diberi gadis itu. Tautan bibir mereka terlepas apabila Mikayla berjaya menolak pipinya.

     Hezrick membetulkan cara duduknya bersama keluhan kecil. Tiba-tiba mood hilang apabila ditolak sedikit kasar sebegitu.

     "Ricky, awak betul-betul nak anak?" soal Mikayla lembut. Lelaki itu sudah kembali duduk di birai katil secara membelakanginya.

     Sekali lagi suaminya menghela nafas pendek. Melihat lelaki itu berura-ura untuk bangun membuatkan Mikayla terus menarik lengan Hezrick.

     "Abang pandang saya..."

     Hezrick memalingkan wajahnya ke sisi.

     "Pandang saya, Ricky..."

     Hezrick masih berdegil. Langsung tidak mahu menoleh ke arah isterinya.

     "Abang..." Kedua-dua belah pipi lelaki itu dipegang.

     "Iye sayang, aku pandanglah ni." Hezrick mula bersuara. Anak mata isterinya direnung dalam-dalam.

     "Saya mintak maaf," ucap Mikayla lembut.

     "Entah, aku tak nak dengar." Hezrick merebahkan tubuhnya membelakangi Mikayla.

     Mikayla membulatkan mata. Bagaimana hendak memujuk lelaki ini? Dia terus berdiri di sisi katil menghadap lelaki itu. Hezrick mengalih tubuhnya mengiring ke sebelah kanan pula.

     "Bangunlah Ricky, saya tak boleh tidur ni." Mikayla melabuhkan punggungnya di birai katil.

     "Lebih baik awak bangun sebelum saya tarik seluar awak," ugut Mikayla tegas.

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Where stories live. Discover now