Tubuh Hezrick yang sedang lena ditolak sedikit. Tangan kiri sudah terasa lenguh akibat ditindih tubuh lelaki itu. Bila lelaki ini pulang? Dia langsung tidak sedar. Tiba-tiba sahaja sudah berada di sebelahnya.
Wajah Hezrick direnung lama. Tangan kanannya mula mengusap kepala lelaki itu. Rindunya terhadap lelaki ini sudah melebihi tahap yang tidak boleh dibawa berbincang lagi.
"Hmm..." Hezrick menggeliat sehingga tubuhnya terlentang.
"Hmm..."Mikayla mengajuk suaminya bersama senyuman manis.
"Hmm..." Sekali lagi lelaki itu berbunyi membuatkan Mikayla tertawa kecil. Sedang tidur pun nampak comel sahaja suaminya ini.
Kucupan di pagi hari dihadiahkan pada dahi Hezrick. Dia mula berdiri. Dahi berkerut menahan sakit pada kaki kanannya. Mulutnya mendesis kecil apabila dia mula melangkah untuk ke tandas.
"Sakitnya..." omelnya sendiri sambil berjalan secara perlahan-lahan.
Hezrick mencelik mata setelah terdengar suara isterinya menahan sakit.
"Woi, nak pergi mana?"
Mikayla tersentak mendengar teguran kasar itu. Dadanya dipegang sebelum kepalanya dipalingkan ke belakang.
"Tandas, mandi..." jawab Mikayla malas.
"Mandi dengan aku jelah hari ni." Hezrick mendekati Mikayla.
Sepasang mata Mikayla membulat besar. Mandi dengan dia?!
"No no no... Awak tak boleh angkat saya sebab paha belakang ni sakit sangat-sangat."
"Sini aku papah kau." Hezrick terus memegang lengan kanan gadis itu.
"Saya boleh jalan sendiri."
"Easy sayang." Hezrick terus memapah gadis itu masuk ke tandas sebelum dia berdiri di muka pintu.
"Terima kasih, awak boleh pergi." Mikayla menutup pintu namun ditahan Hezrick. Seram pula dia melihat riak wajah tenang lelaki itu.
"Janganlah! Tak boleh! Saya tak nak mandi dengan awak!"
Hezrick meletakkan jari telunjuk pada bibir sebelum dia memasuki tandas itu. Pintu dikunci. Wajah pucat Mikayla direnung hairan.
"Relaks okey? Aku cuma nak tolong kau mandi. Takkan tak boleh kut?" Hezrick mengangkat sebelah keningnya.
"Tak boleh." Mikayla pantas menjawab.
"Boleh." Hezrick tersenyum nakal seraya menanggalkan baju.
"Sini bagi aku tengok luka kau." Hezrick menunduk sedikit, paha gadis itu dipegang.
Mikayla menggeleng laju sambil berundur beberapa langkah.
"Jangan dekat dengan saya... Please... Saya malu..." Rayuan Mikayla membuatkan Hezrick tertawa kecil.
"Aku suami kau bukannya suami orang lain. Sini aku nak hilangkan malu kau tu dulu." Hezrick terus merangkul pinggang ramping Mikayla.
"Saya minta maaf..." ucap Mikayla seraya membalas pelukan suaminya.
"Sayang buat salah apa?"
"Saya tak ikut pesanan awak," balas Mikayla sayu. Matanya berkaca-kaca memikirkan kejadian dua hari lepas.
"Salah kau besar sangat. Nak aku maafkan macam mana?"
"Tolonglah maafkan saya... Saya tak nak jadi isteri derhaka. Macam mana kalau hidup saya nak tenang lepas ni? Hukumlah saya asalkan saya dapat kemaafan awak." Mikayla mengangkat wajahnya. Mata mereka bersambung tepat.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...