Pintu kereta dibuka untuk Mikayla. Dia bersyukur kerana proses akad nikah mereka sebentar tadi berjalan lancar.
Mereka akan terus ke syarikat Hezrick kerana lelaki itu perlu menghadiri satu mesyuarat penting.
Sudah dua hari mereka berada di bumi Thailand ini dan sepatutnya mereka bernikah semalam agar masa yang digunakan tidak terlalu padat. Tetapi disebabkan Ferliy, Freddy dan Enrique ingin menjalani proses pertukaran agama di sini, Hezrick harus menunggu sehingga semuanya selesai.
Mereka bernasib baik kerana Firaz mempunyai rakan-rakan yang kuat agama di negara ini membuatkan segala urusan mereka menjadi mudah.
Mikayla merenung sisi wajah Hezrick yang duduk di sebelahnya. Mereka berdua menjadi penumpang kepada Freddy yang memandu.
Hezrick menoleh ke arah isterinya. Mata mereka bersambung tepat sebelum dahi Hezrick berkerut. Mikayla memutarkan bebola matanya ke bawah bagi melihat tangan mereka yang bertaut tanpa sedar.
"Kenapa awak pegang tangan saya? Pergi main jauh-jauhlah." Mikayla meleraikan tautan tangan mereka sebelum dia bergerak menjauhi Hezrick.
"Itu pun nak kecoh perempuan ni."
"Ish jangan duduk tepi sayalah! Awak pergi duduk sebelah Fred tu." Mikayla merapatkan tubuhnya ke sisi kereta. Sengaja dia ingin melihat reaksi lelaki itu.
"Fred, kau berhenti tepi. Aku nak tukar tempat. Semak bodoh duduk kat sebelah minah ni." Hezrick menjeling tajam wajah Mikayla.
Tanpa banyak kata, Freddy terus membelokkan kereta ke bahu jalan. Hezrick menukar tempat duduknya ke sebelah Freddy.
Mikayla melihat kelakukan Hezrick tanpa kata. Hairan juga dengan lelaki itu, tahu hendak melenting sahaja.
"Awak sihat ke tak ni?" Mikayla yang berada di belakang seat Hezrick menghulurkan tangan kanannya ke depan sebelum wajah lelaki itu diraba kasar.
"Sakitlah Kayla! Aku tak ada mood nak main-main." Tangan Mikayla ingin ditahan namun gadis itu lebih pantas menarik kembali tangannya dan terus meraba kocek seluar Hezrick.
"Kau nak apa pulak ni?" soal Hezrick. Tangan gadis itu dipegang kemas.
"Sebelum pergi office, boleh belikan saya buah campur tepi jalan tak?"
"Ricky tak buat apa-apa lagi dah mengidam? Seriously?" celah Freddy.
"Saya minta kat dia, bukan awak! Jadi jangan nak bising." Dengan beraninya Mikayla menjawab.
"Chill lah, aku tanya je." Freddy berkata tenang.
"Balik nantilah. Aku betul-betul dah lewat sekarang ni." Hezrick mengucup sekilas belakang tangan Mikayla.
"Tapi saya nak makan buah sekarang. Balik nanti mesti rasa nak makan benda lain pula. Bolehlah Ricky!" Mikayla masih lagi memujuk Hezrick.
"Biar aku pergi beli," celah Freddy secara tiba-tiba membuatkan Hezrick terus menoleh ke arahnya.
"Masalah sekarang ni kita dah lambat, faham tak dah lambat??"
"Bekalan sebelum masuk meeting bro. Jangan gelabah sangat, bukannya start terus pun meeting kau tu," jawab Freddy bersahaja.
Kebetulan mereka sedang melalui kawasan jualan. Terus kereta dibelok.
Tiba-tiba satu suara garau keluar melalui speaker radio.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...