Senyuman sinis terukir di bibir. Mata merenung tajam wajah lelaki yang bernama Rafiz itu. Rafiz masih diam duduk di atas kerusi di tengah-tengah sebuah bilik. Di hadapannya terdapat sebuah meja. Beberapa helai kertas di atas meja ditunjukkan pada Rafiz.
"Kau memang tak nak buka mulut ke?" soal Hezrick lagi. Sudah masuk kali ketiga dia bertanya soalan yang sama.
"Jawab!" Enrique memulas telinga kanan Rafiz. Dahi Rafiz berkerut menahan sakit.
"Tercabut telinga ni nanti jangan nak suruh aku bayar ganti rugi. Bila orang tanya tak nak jawab sangat kan!" jerit Enrique. Tangannya semakin memulas telinga Rafiz.
Rafiz hanya mampu mengerang kesakitan oleh kerana kedua-dua belah tangannya terikat kemas.
"Janganlah main telinga dia! Dia sakit tekak kut. Biar aku pergi buat air. Kau nak air apa? Milo ais boleh?" Herith mengangkat sebelah keningnya.
Rafiz diam melihat Herith dengan riak kosong.
"Okey faham." Herith mengangguk kecil sebelum dia melangkah keluar.
"Tapi apa yang dia faham?" Enrique mengambil tempat di kerusi bertentangan Rafiz.
"Soalan aku senang je. Apa rancangan bos kau yang seterusnya?" Hezrick merenung tajam ke dalam sepasang anak mata Rafiz.
"Aku tak tahu," jawab Rafiz perlahan.
"Kau gila ke? Mana boleh tanya soalan bodoh macam tu kat musuh. Memang taklah dia nak jawab. Kau patut tanya dia dah sunat ke belum, takpun tanya mak dia sihat ke tak kat rumah tu..." Enrique memandang wajah tenang Rafiz.
"Kau selesaikanlah dia ni. Aku dah malas." Hezrick terus melangkah keluar.
Beberapa saat kemudian, pintu dibuka dari luar. Muncullah Herith bersama satu dulang yang terisi tiga gelas air milo ais. Enrique terus mencapai segelas sebelum diteguk rakus sehingga ke titisan terakhir.
"Jemput minum..." Herith menolak segelas air ke arah Rafiz.
"Tangan aku..." kata Rafiz.
"Oh sorry sorry I terlupa." Herith terus melangkah ke belakang Rafiz untuk membuka tali pengikat.
Herith dan Enrique diam sambil memerhatikan Rafiz meneguk air milo ais itu. Rafiz meletakkan gelas ke atas meja sebelum dua orang lelaki di hadapannya dipandang.
"Kalau bos kau bapak ayam, mestilah kau ni gigolo..." Herith mula berfikir tentang hal itu.
"Bu... Bukan..." Rafiz menggeleng takut.
Enrique menekan-nekan skrin telefon bimbitnya sebelum ditunjukkan di hadapan muka Rafiz.
"Mak kau masak ayam belada hari ni. Sedapnya..." kata Enrique.
"Tolong mak Fiz! Lelaki-lelaki ni nak rompak rumah kita!" jerit seorang wanita di dalam rakaman itu.
Sepasang mata Rafiz membulat besar mendengar suara ibunya.
"Kau jangan berani sentuh mak aku!" Rafiz berdiri.
"Duduk. Lagipun anak-anak buah aku tu nak tumpang makan kat rumah mak kau hari ni." Enrique menayangkan senyuman nipis.
"Mak aku tak ada kaitan dengan semua nilah sial!" jerit Rafiz bengang.
"Jawab soalan Ricky, aku lepaskan mak kau, deal?" Enrique mengangkat sebelah keningnya.
"Bos aku tahu apa yang Ricky cari. Dia nak tumpaskan Ricky sebelum Ricky dapat barang tu." Rafiz mula menggunakan nada tenang.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...