Bab 51

7.2K 341 24
                                    

     Pedal minyak ditekan kuat. Kelajuan enjin kereta sport Audi R8 itu bertambah.

     Sebuah lagi kereta jenis Lamborghini Aventador bewarna purple metalic hanya mengekor dari belakang.

     Dua buah kereta sport itu perlu mengejar sebuah kereta yang telah membawa lari Mikayla sebelum kereta itu memasuki sebuah kawasan hutan. Jarak kereta musuh agak jauh daripada mereka.

     Di tengah-tengah kawasan hutan itu terletaknya markas terbesar musuh mereka. Terlalu ramai musuh di sana dan mereka tidak mahu mengambil risiko tinggi untuk melawan musuh tanpa mengatur strategi bersama Hezrick.

     "Tak sempat kejar bro! Suruh budak-budak ni halang!" jerit Herith kuat melalui mic kecil yang terlekat pada sisi meter kereta.

     "Roger." Enrique terus menghubungi anak-anak buahnya yang lain.

     Setelah beberapa minit memandu, mereka tiba di satu jalan. Terdapat tiga buah Jeep di hadapan sedang menyekat sebuah kereta Honda Civic bewarna hitam.

     Enrique dan Herith memberhentikan kereta mereka dengan cara drift serentak bagi menyekat laluan belakang kereta musuh. Kereta Honda itu berada di tengah-tengah antara mereka.

     Anak-anak buah Enrique dan Herith keluar dari kereta bersama riak bengis. Beberapa orang daripada mereka memegang senjata manakala yang lain hanya bertangan kosong. Bilangan kesemua daripada mereka seramai sembilan orang tidak termasuk Herith dan Enrique.

     Bang!

     Puffh!

     Tayar hadapan kereta musuh meletup terkena tembakan anak buah Enrique.

     Lelaki bertopeng merengus kasar mendengar jeritan Mikayla yang memanggil Herith dan Enrique. Bahu gadis itu dicengkam kasar.

     "Diam!" tengking lelaki bertopeng tersebut.

     Mikayla terdiam. Matanya merembeskan butiran jernih yang banyak. Tetapi dia perlu meloloskan diri daripada lelaki jahat ini. Tangannya pantas ingin membuka kunci pintu namun sempat ditahan.

     Pang!

     Wajah Mikayla ditampar geram. Mikayla terandas ke belakang dan terus tidak sedarkan diri. Topeng ditanggalkan. Tingkap kereta diketuk dari luar membuatkan bebola matanya diputarkan ke arah Herith yang sudah berdiri di sisi kereta.

     Lelaki itu sedang merapikan rambut melalui pantulan tingkap. Beberapa saat kemudian, Herith menepuk-nepuk lagi tingkap kereta itu.

     Adam mendengus, dia membuka luas pintu kereta kemudian kakinya melangkah keluar. Pintu ditutup dan dia berdiri tepat di hadapan Herith.

     Enrique hanya diam memerhati sambil duduk di atas bonet hadapan kereta.

     "Nak apa?" Adam merenung tajam ke dalam sepasang anak mata Herith.

     "Simpan dulu bodoh kau untuk tunjuk kat anak-anak nanti. Aku nak perempuan tu." Herith menunding jari telunjuknya ke arah kereta Adam.

     "Perempuan tu tunang aku," ujar Adam bersama senyuman sinis.

     "Oh tahniah. Tapi kita orang nak guna perempuan tu, nantilah kita orang pulangkan balik." Enrique melangkah ke hadapan bersama kedua-dua belah tangan di dalam kocek seluar.

     "Huh?" Herith tercengang mendengar kata-kata bersahaja Enrique.

     Adam hanya diam. Dia tidak boleh mudah mempercayai manusia-manusia pelik di hadapannya ini.

𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang