Wajah suaminya yang sedang lena ditatap. Rambut lelaki itu diusap sayang sebelum satu kucupan dilabuhkan pada dahi.
"Saya maafkan awak..." Setitik air mata meluncur ke bawah membelahi pipi.
Sekasar mana pun Hezrick, lelaki itu tetap suaminya dan dia tidak akan menyimpan dendam walaupun hatinya sedang sakit dan kecewa.
Dengan berat hati dia melangkah keluar dari bilik itu. Semasa menuruni anak tangga, kakinya tergelincir di tangga terakhir, nasib baik seseorang telah menahan bahunya.
Lelaki yang telah siap dan kemas berpakaian untuk ke office itu dipandang sekilas sebelum dia menunduk memandang lantai. Dia malu Freddy melihat keadaannya sebegini.
"Are you okay? Kenapa turun anak tangga pun nampak macam orang cacat?" soal Freddy. Dahinya berkerut melihat wajah Mikayla.
"Apa yang jadi? Kenapa muka kau lebam-lebam ni?" soalnya lagi.
"Sa... Saya..."
"Aku tak tahu apa masalah kau orang berdua tapi Ricky tak patut buat macam ni. Biar aku ajar jantan tu untuk kau." Freddy yang ingin meniti anak tangga ditahan Mikayla.
"Jangan... Ricky tengah tidur. Saya tak sedia untuk jumpa dia," kata Mikayla perlahan bersama gelengan kecil.
"Tapi dia dah melampau! Dia boleh pilih untuk pukul dinding daripada isteri sendiri!"
"Please... Jangan keruhkan keadaan..."
Freddy menghela nafas mendengar rayuan gadis itu.
"Saya nak balik rumah ayah," sambung Mikayla.
"Tapi aku tak boleh cancel meeting kejap lagi." Freddy melihat jam tangannya.
"Tak apa, saya boleh naik teksi."
"No. Tunggu sampai aku balik. Rehatlah dulu dalam bilik belakang. Dalam almari bilik tu ada first aid box, ambillah lepas tu cuci luka kau..." Freddy mengeluarkan telefon bimbitnya yang sedang berbunyi dari kocek seluar.
Freddy memberi isyarat tangan menandakan dia harus pergi sekarang.
*****
Kepala yang terasa pening dipegang. Perlahan-lahan matanya dicelik. Ruang di sebelahnya diraba, kosong.
"Sayang..." Isterinya dipanggil.
Kaki diatur meluru ke tandas. Pintu ditolak, kosong. Tilam yang mempunyai kesan darah kering direnung dengan renungan yang aneh. Punggung dilabuh lemah ke atas birai katil. Rambutnya diramas. Apa yang telah dia lakukan semalam?
Siap membersihkan diri, langkahnya diatur menuju ke bawah.
"Kayla..."
Matanya mencari kelibat Mikayla di dapur namun tiada. Keadaan rumah agam pada tengahari itu seperti tiada penghuni lain.
Dia mula rasa tidak sedap hati. Laptop miliknya dicapai. Rakaman kamera litar tertutup dipasang.
Nafas lega dihela melihat isterinya sedang beradu di dalam sebuah bilik. Dia fikir gadis ini telah pergi meninggalkannya.
"Kayla?"
Terketar-ketar tangannya menyentuh wajah gadis itu. Inikah perbuatannya semalam? Lebam dan luka dalam jelas kelihatan pada kulit putih mulus Mikayla. Sayu hatinya melihat keadaan gadis itu.
YOU ARE READING
𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Hezrick Xizel, seorang ketua mafia yang tegas dan merbahaya. Dalam tegas, ada baiknya juga kerana dia adalah seorang lelaki yang mudah un...