Prolog

9.3K 351 17
                                    

PROLOG I

"Never mind i'll find someone like you. I wish nothing but the best for you too. Don't forget me. I beg. I'll remember you said. Sometimes it last in love but sometimes it hurts instead..."

Peh! Gempak ni suara. Kalau penyanyi sebenar dengar mahu terus ajak aku duet. Korang boleh panggil aku Adele Junior!

Lambat pula sedar bakat sendiri. Kalau tak, boleh perform dekat sekolah masa Hari Guru. Nak tunggu tahun depan dah tak boleh sebab hari ini hari terakhir aku sekolah!

Yup, aku baru sahaja tamatkan zaman persekolahanku petang tadi dengan mengambil kertas terakhir SPM.

Sekarang sudah pukul 11.15 malam tapi masih tidak pulang ke rumah sejak petang tadi. Hah, inilah cara aku sambut kemerdekaan aku.

Tidak pulang ke rumah seharian.

Lepas ni mesti dah jarang dapat keluar macam ni sebab MSN tu bila-bila masa saja boleh panggil aku.

Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Tak payah tengok nama sudah ku tahu siapa. Terus aku angkat panggilannya.

"Ye, eommaNae Nae (Ya ya) . Yana nak balik lah ni. Kejap lagi sampailah! Tak payah risau sangatlah. Okay. Bye!" aku mengeluh setelah menamatkan panggilan. Eomma ni macam tak biasa dengan perangai aku yang biasa keluar malam. Risau sangatlah dia ni.

"Psttt" langkah kaki aku terhenti.

Air liur diteguk kelat. Mata melihat keadaan sekeliling.

Tiada siapa.

Jadi aku rasa inilah sebabnya eomma risau aku tak pulang-pulang ke rumah lagi. Maklumlah, biasanya pukul 10 malam aku dah balik tapi dah nak tengah malam masih lagi merayau-rayau dekat bandar. Mana tak kena kacau?

"Pssstt" panggil 'benda' itu lagi.

Apa aku nak buat sekarang ni!? Okey sabar Ayana. Sabar. Tarik nafas. Hembus

Satu..

Dua..

LARI!!

Terus kaki panjang aku buka langkah! Memang pecut habislah aku. Tak pandang kiri kanan dah. Mesti orang sekeliling fikir aku tak betul. Iyalah, malam-malam lari seorang diri terpekik terlolong padahal tak ada siapa pun yang kejar.

Satu perkataan je yang sesuai untuk itu.

Gila.

Semakin lama langkah kaki aku diperlahankan. Dan akhirnya aku termengah-mengah seorang diri.

"Erghh" tepat-tepat aku berhenti, bunyi erangan pula aku dengar. Namun yang peliknya aku tidak rasa bunyi ini 'benda' macam tadi. Naluri aku kuat mengatakan bunyi erangan ini datangnya daripada seorang manusia.

Manusia sebenar.

Tanpa sedar kaki aku menapak ke satu lorong di hadapan aku. "Erghh someone.."

Dan-dan aku berhenti melangkah. Cuba menghayati apa yang suara itu katakan. Sayup-sayup sahaja.

"Someone.. help.. help me"

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now