"kau nak pergi mana tuw?" tanya aryan kepada Merlissa yang menuju ke bilik lain manakala aryan menuju ke dalam bilik nya."saya nak masuk bilik," kata Merlissa.
"bilik kau dekat sini!! Bila pulak kau tidur bilik tuw?kau nak jadi isteri derhaka ke? Dah lah kau tuw memang dah derhaka dengan Aku, kau masuk bilik ni sekarang dengan Aku,kau jangan nak mengada," kata aryan dengan sinis lalu membuka pintu bilik itu dan Merlissa masuk dengan tunduk di hadapan Aryan.
"saya tidur bawah eh?" tanya Merlissa.
"kenapa kau nak sangat ke tidur bawah? Kau jangan nak buat cerekarama dekat sini, kau tidur atas katil sekarang!! Aku tak jahat lagi nak biarkan kau tidur atas lantai sejuk tuw, lain lah kau mungkin dah pernah bawak lelaki lain tidur atas katil ni selain Aku heh," sindir aryan dengan sinis kepada Merlissa.
"saya tak buat lah semua benda bodoh tuw, kenapa awak lagi percayakan orang luar berbanding isteri awak sendiri Aryan? Anak kita, kita dah hilang kedua-dua anak kita tapi awak tak pernah nak tanya saya macam mana keadaan Saya, saya perlukan awak aryan awak yang dulu! Mana pergi semua janji-janji awak yang akan menjaga dan mencintai saya sampai ke hujung hayat awak? Kenapa awak sukar untuk mempercayai Saya? Saya tak buat perkara terkutuk tuw percayalah Aryan!! Hanya ada awak dalam hati Saya cuma awak seorang,saya sayang dan cintakan awak lebih dari nyawa saya sendiri!! Jangan disebabkan mulut orang luar awak hilang kepercayaan dan kesetiaan kepada saya Aryan, siapa yang bagitahu awak benda bodoh ni? Cakap aryan!!saya tak kuat bila awak layan saya macam ni tolonglah, saya tak pernah menduakan awak saya tak pernah suka kan harraz jauh sekali ada hubungan dengan dia, tapi awak buta-buta cakap yang saya ni berzina dengan harraz dan buat anak luar nikah,apa yang ada dalam kepala awak tuw Aryan? Kenapa awak fikir sejauh tuw terhadap Saya? Anak yang saya kandungkan 5 bulan tuw anak awak bukan Harraz!! Kenapa awak jadi macam ni Biy? Cukup lah seksa saya dengan kata-kata awak!!saya rindu belaian awak walaupun belaian tuw sedingin ais batu!! Saya bahagia dengan belaian dingin awak!! Belaian awak cukup sempurna Aryan!! Tiada lelaki lain selain awak dalam hati Saya,hanya awak dan selamanya awak Aryan,percayalah." jelas Merlissa panjang lebar dengan tangisan nya.aryan hanya diam terkaku dengan riaksi selamba.
"kau tak perlu tahu siapa yang bagitahu Aku,aku takkan percaya kau selagi kau takde bukti tapi aku akan cuba untuk percaya kan kau, tunjukkan dekat aku yang kau tak salah dan kau hanya cinta dan sayang aku seorang!! " kata aryan kemudian beredar dari dalam bilik. Merlissa diam dan mengesat air mata nya.
"kenapa awak berubah Aryan? " kata Merlissa dalam rintihan.
------------------------------------------------------
"kau pergi U naik kereta kau,aku nak pergi kerja,lepas habis kelas aku nak kau balik rumah terus kau jangan nak melencong tempat lain,dengar?" kata aryan dengan tegang.
"Ya," kata Merlissa perlahan,Merlissa menghulurkan tangannya untuk menyalam Aryan,namun aryan pergi begitu saja tanpa mempedulikan Merlissa.
"kau jangan balik lambat,aku ada benda nak bincang dengan kau nanti " laung aryan dari dalam kereta.
"okay!" laung Merlissa.
-----------------------------------------------------
Merlissa berada di dalam kelas seperti biasa bersama dengan keisha dan fatihah.
"kau dengan ar dah okay?" tanya keisha risau.
"belum," kata Merlissa sepatah.
"takpe,kau kena rilex jangan sedih-sedih nanti tak lawa" kata fatihah.
"hmm" Merlissa hanya mengeluh.
"why not balik nanti kita pergi shopping nak tak?" ajak Keisha.
"ha ah lah!! Ngam aku onzz"kata fatihah.
"takpelah korang pergi je,aku kena balik awal,nanti ar marah dia ada benda nak bincang dengan Aku,sorry next time eh?" kata Merlissa.
"alaaa, kalau macam tuw takpelah " kata kesiha.
"sorry " kata Merlissa.
---------------–-------------------------------------
Merlissa masuk ke dalam rumah dengan perasaan berdebar.
"ha dah balik? Sini," kata Aryan dengan dingin.
"biy nak bincang Apa?" tanya Merlissa lalu duduk di atas kerusi beehadapan aryan.
"aku ada kerja untuk kau," kata aryan dengan sinis.
"kerja Apa Biy? Okay jugak sebab lissa taknak lah susahkan Biy duduk dalam rumah ni tak buat apa-apa." kata Merlissa dengan serbasalah.
"sedar pun yang kau ni dah banyak menyusahkan Aku, kau dengar sini elok-elok, aku nak kau kerja dekat club malam Aku, aku nak kau jadi pelayan bar dekat situ jangan risau syif kau malam sebab siang kau pergi U kan? Kau kerja dekat situ!! Tadi kau cakap yang kau dah banyak menyusahkan aku kan? So now balas jasa aku, " kata aryan dengan selamba.
"apa awak merepek ni? Takde kerja lain ke? Awak nak suruh saya jadi pelayan bar? Saya isteri awak takkan lah awak nak saya kerja dekat club malam yang penuh dengan maksiat dan air kencing syaitan tuw ? Tuang air-air haram tuw?" kata Merlissa dengan marah yang meladak, sungguh tidak sangka dengan permintaan aryan itu.
"kau buat jelah apa yang aku suruh!! Aku ni kira baik lagi suruh kau jadi pelayan bar atau kau nak jadi pelacur dekat situ? Yelah kau pun memang dah biasa buat benda-benda tuw belakang aku kan selama ni mesti tak janggal punya lah, aku suruh kau layan orang and bagi air je!aku tak suruh kau minum pun air haram tuw!! Kau buat jelah perempuan!! " kata aryan menengking Merlissa.
"tak!! Saya taknak!!" kata Merlissa menggeleng kan kepala nya.
"kau nak ikut cakap aku atau? Kau nak nenek kau mampos? Pilih lah mana kau nak? Aku takkan teragak-agak nak bunuh dia lissa jangan cabar Aku!! Kau tahu apa aku boleh buat kan? Semua pilihan ada di tangan kau so choose one!" kata aryan mula menggila mengugut Merlissa ingin membunuh nenek nya puan Sofia.
"awak dah gila ke Aryan? Kenapa awak macam ni? Kenapa awak seksa saya macam ni? Apa salah Saya? Kalau itu yang awak nak baik saya akan ikut cakap awak!! Jangan sentuh nenek Saya!! Ingat aryan awak jangan menyesal sebab semua ni salah dan hanya lah ego awak!! Remember that aryan leith mikael!! " kata Merlissa dengan amarah kemudian beredar dari ruang tamu itu.
"kau yang mulakan!! Aku takkan berdiam diri," kata aryan dengan sendiri.
-----------------------------------------------------
Syaza menelek nelek telephone nya menatap gambar Aryan.
"I miss you abang kael!!" luah nya.
"bodoh!! Tunggu Merlissa aku takkan berdiam diri!! Kau jangan ingat kau boleh duduk bersenang lenang dalam rumah suami Aku!! Aku akan pastikan hidup kau merana!! " kata syaza dalam sengihan.
1052 words
Voted
Comments
Pelayan bar?
Keep support BELAIAN JEJAKA DINGIN 🥰
YOU ARE READING
BELAIAN JEJAKA DINGIN
RomanceARYAN LEITH MIKAEL, seorang jejaka dingin Dan baran dia juga berdarah kacukan, mempunyai mata berwarna ocean blue yang digilai ramai wanita di UNIVERSITY dia juga anak kepada orang ternama iaitu DATO AFFAN LANGE MALIQUE, CEO kepada BERJAYA HOLDINGS...