"macam mana dengan isteri saya doktor? " tanya aryan kepada seorang doktor yang baru keluar dari dalam bilik pembedahan itu."dia kehilangan banyak darah, kami hampir tak dapat selamat kan dia tapi itu semua kerja allah, alhamdulillah isteri encik selamat tapi dia belum pulih sepenuh nya, saya minta encik bersabar dan banyak kan berdoa," jelas doktor itu dengan teliti.
"alhamdulillah,terima kasih banyak-banyak doktor!!" ucap aryan berkali Kali.
"lagi satu, kami tak dapat selamatkan bayi encik,pihak kami minta maaf, kandungan masih tak kuat dan cedera pada bahagian perut isteri encik sangat dalam, " jelas doktor itu dengan wajah kesal.
"takpe saya faham, terima kasih sekali lagi atas jasa doktor," ucap aryan dengan rasa bersyukur kerana dia sudah berfikir bukan-bukan tentang merlissa dia juga tidak bersedia untuk kehilangan merlissa.
"saya hanya menjalankan tugas saya,semua ni allah yang menentukan, kami akan pindahkan puan merlissa ke ward icu, saya minta diri dulu," doktor itu tersenyum nipis kepada aryan dan berlalu pergi melepasinya.
"fuhh bergaya jugak cara doktor ni jalan," gumam harraz.
"aryan, kau okay tak bro? " tanya haffin.
"aku tak okay haff!! Aku...Aku....takut!!" luahnya dengan nada yang bergetar.
"jangan takut mehh aku peluk!!" kata harraz dengan gurauan.
"kau jangan risau ar, mamat tuw aku dah settle kan, dylan dengan damian jaga diorang dekat rumah, kau berapa lama nak tunggu sini, kau balik rumah dulu lah ar biar aku dengan harraz tunggu sini dulu, lagipun kita tak boleh temankan Dia,dia nak pindah ward icu kan? Kau balik lah dulu," arah haffin kepada aryan.
"takpe aku nak tunggu isteri Aku, kalau korang nak balik,korang balik lah dulu lagipun aku nak pindahkan dia dekat vip room," kata aryan dengan jelas.
"kau ni ar, dah berapa jam kau berdiri dekat sini? Kau tak penat ke? Aku yang tengok kau ni pulak yang penat dibuatnya elok-elok orang letak kerusi kau berdiri lepastu suruh rehat taknak!! Kau kenapa ni? Apa yang kau degil sangat ni?kalau merlissa tengok kau macam ni mesti dia risau," marah harraz geram dengan sikap degil aryan.
"biar je aku dekat sini, aku takut kalau aku pergi nanti aku tak dapat jumpa dia lagi, aku takut benda tuw jadi dekat Aku!! Tolong faham!! Kau tahu tak betapa penting nya dia dalam hidup Aku? Dia nyawa aku dialah udara dia lah segala nya!! Kalau dia takde macam mana aku nak teruskan hidup Aku!! Jangan paksa Aku!! Biar aku teman Dia," marah aryan kepada harraz dan haffin dengan suara yang meninggi.
"kalau macam tuw aku tunggu sini jugak," kata haffin.
"aku pun tunggu lah," terang harraz.
"maafkan saya, encik aryan?" soal nurse berbaju biru yang baru keluar dari dalam bilik pembedahan itu.
"Ya saya,"
"sila ikut saya untuk buat pemindahan ke bilik vvip," kata nurse itu.
"baiklah,"
"tapi encik seorang sahaja yang dibenarkan menunggu Ya,"
"baik saya faham," kata aryan.
"ikut arah ni,"
"korang balik dulu, cakap dekat mummy aku okay," suruh aryan dengan spontan.
"tapi...." sangkal haffin.
"haff?"
"okay fine!! Kau jangan tak tidur ar,jaga kesihatan kau jugak,aku balik dulu apa-apa call Aku," gertak haffin dengan amarah.
YOU ARE READING
BELAIAN JEJAKA DINGIN
RomanceARYAN LEITH MIKAEL, seorang jejaka dingin Dan baran dia juga berdarah kacukan, mempunyai mata berwarna ocean blue yang digilai ramai wanita di UNIVERSITY dia juga anak kepada orang ternama iaitu DATO AFFAN LANGE MALIQUE, CEO kepada BERJAYA HOLDINGS...