"Tak! Takkan lah?" kata harraz tidak percaya melihat perbualan aryan bersama syaza di dalam masej tersebut.
"aku tak sangka syaza macam ni, petang nanti kita pergi jumpa syaza, harr kau dengar Tak?" kata haffin.
"apa muslihat dia haff? Kenapa dia buat macam ni dekat aku dengan ar? Aku tak sangka syaza macam ni!! Sedangkan Aku anggap dia macam adik aku sendiri, jangan cakap syaza ada hati dekat ar? Nonsense lah benda ni!! " kata harraz menidakkan perkara tersebut.
"aku dah lama tahu syaza suka dekat ar," kata dylan dengan selamba.
"woi bang kau jangan bergurau dekat sini!! " marah Damian.
"betul lah bodoh!! Dia pernah bagitahu Aku, aku ingat dia suka gitu-gitu je rupa nya sebegini rupa dasyat ehh kisah percintaan tak terkawal realiti terbalik si syaza ni? Extreme woo!!" kata dylan dengan reaksi berlebihan.
"dia bagitahu Kau? Pahal aku tak tahu?" tanya haffin.
"Dia pernah bagitahu Aku,korang ingat tak kita pernah pergi bercuti dulu dengan arwah ian kan ada syaza sekali? Malam tuw aku tengok Dia semacam je usya ar,aku saje lah cakap dekat Dia kau ni suka aryan ke? Lepastu dia cakap macam ni,syaza dah lama suka dekat abang ar tapi dia tak pernah nampak syaza, syaza akan buat Dia jatuh cinta dengan syaza suatu hari nanti, itu janji syaza.Ha macam tuw lah jalan cerita Dia." terang dylan dengan panjang.
"heh aku dah agak Dah, dah macam typical drama melayu, si syaza ni pun lain kali buat lah lain sikit dah macam drama pukul 7 je? Bodoh sungguh!! " marah harraz.
"Dah harr, ikut aku kita pergi jumpa syaza,aku nak dengar penjelasan dari mulut dia sendiri." kata haffin.
"kau berdua gerak pergi rumah thia tengok Merlissa, thia kata Merlissa nak berenti belajar," kata haffin.
"okay bro." kata dylan dan damian serentak.
----------------------------------------------------
"lissa kau dah fikir masak-masak ke nak berhenti?kau boleh dapat master kenapa kau nak berhenti separuh jalan?" kata keisha dengan risau.
"takpelah sha mungkin rezeki aku sampai sini je? Aku ingat nak balik Malaysia lah, aku dah boleh bekerja rasanya sebab aku pun ada phd insyaallah rezeki aku luas dekat sana nanti," kata Merlissa.
"aryan macam mana? Kau nak pergi macam tuw je ke Lissa? Kau taknak pertahankan rumah tangga kau ke? Apa yang kau fikir kan ni Lissa?" kini fatihah pula bersuara.
"aku tak tahu lah thia,kalau dia sayang aku dia akan cari aku, Aku dah fikir masak-masak dan keputusan aku ialah balik Malaysia " kata Merlissa dengan tenang.
"bila kau nak balik Malaysia Lissa?" tanya fatihah.
"secepat yang mungkin,Aku dah banyak susahkan korang, Aku dah susahkan haffin harraz dylan damian, " kata Merlissa.
"aku tak halang Kau,tapi aku nak kau fikir semula Merlissa masa depan Kau? Rumah tangga Kau? Aryan masih suami Kau yang sah!! Dia tak pernah lafazkan talak dekat kau kan? Aku nak kau perbaiki hubungan kau Lissa," kata Keisha.
"Aku tak berdaya sha,aku tak mampu, kepercayaan dia pada aku dah hilang sha semua tuw dah lenyap dia dah bencikan Aku!! Aku ni perempuan murah di mata Dia,aku bukan sesiapa lagi sha! Dah takde guna nya aku duduk di sini." kata Merlissa.
"dah lissa kau jangan macam ni,kau kena kuat ni semua dugaan!!" kata keisha dan memeluk Merlissa.
"assalmmualaikum,kami datang nak makan free!ada boleh ke?" kata Dylan.
"sampah punya abang buat malu aku je, kitorang datang sini atas arahan haffin,dia suruh kitorang jaga rumah ni sementara," jelas Damian.
"korang dah makan belum? Kalau belum jom lah masuk.siang lagi ni, jom tadi Merlissa ada masak special tau," kata fatihah.
"ngam terukk!!" kata Dylan.
"kena rasa ni!!" kata damian pula.
Selesai makan dylan dan Damian menunggu di luar rumah. Sebuah kereta mustag bewarna hitam berhenti di depan rumah fatihah.
"ar? Kau buat apa datang sini? " tanya Dylan dengan curiga level keabadian.
"apahal? Aku tak boleh datang sini ke? Mana bini Aku? Merlissa!! " aryan memanggil nama Merlissa di depan pintu rumah itu.
"bro kenapa ni? Kau nak jumpa lissa ke?" tanya Damian.
"kau diam jangan masuk campur urusan rumah tangga Aku!!Merlissa!! " panggil aryan lagi.
"Biy? What are you doing here? Kenapa datang tak bagitahu? Jom masuk dulu lissa ada masak tadi your favorite, " kata Merlissa dengan ramah sungguh dia terkejut dengan keberadaan aryan di situ.
"apahal kau nak berhenti belajar? Apa masalah Kau? Kau nak balik Malaysia? Apa urusan kau dekat sana? Kau nak mohon perceraian ke Apa? Lepastu kau nak khawin dengan siapa? Harraz? Haffin? Dylan? Damian? Cakap dengan Aku!!! Kau jangan ingat aku tak tahu apa kau buat belakang Aku!!" tengking aryan dengan kuat.
"Aryan kau ni tak sedar diri ke? Kalau kau dah takde perasaan dekat Merlissa dan dah tk nk dkt merlissa lepaskan dia jangan seksa dia macam ni!! kau fikir kau ketua mafia bole sesuka hati ke buat apa dekat orang eh babi btul" marah fatihah kepada Aryan.
"lissa ikut aku balik rumah sekarang!! Cepat!!now!!" kata aryan kepada Merlissa.
"aryan kau jangan melampau eh? Kau sesuka hati buat lissa macam ni kenapa? " marah keisha pula.
"Merlissa Aku kata balik sekarang!!" laung aryan lalu menarik tangan Merlissa membawa nya ke dalam kereta.
"ar, rilek bro jangan macam ni," kata dylan
"kau diam,jangan cabar Aku lan," kata aryan dengan amarah nya.
"bro,jangan terburu-buru," kata Damian pula.
Aryan tidak peduli malah dia memasuki kereta dan beredar dari situ secepat mungkin.
"dam,call haff !!" kata Dylan.
"copy bro!!" kata Damian.
"aryan tuw memang dah melampau!" marah fatihah.
"sabar thia, aryan takkan buat benda tak elok dekat Lissa,dia selamat dengan ar,aku tahu yang ar masih sayangkan lissa biar kan diorang,"kata Keisha.
940 words
Voted
Comments
Nak pergi mana pulak tuw ar?
Keep support BELAIAN JEJAKA DINGIN 🥰
YOU ARE READING
BELAIAN JEJAKA DINGIN
عاطفيةARYAN LEITH MIKAEL, seorang jejaka dingin Dan baran dia juga berdarah kacukan, mempunyai mata berwarna ocean blue yang digilai ramai wanita di UNIVERSITY dia juga anak kepada orang ternama iaitu DATO AFFAN LANGE MALIQUE, CEO kepada BERJAYA HOLDINGS...