Bab 7 (Kebenaran)

8.3K 188 10
                                    

Merlissa membuka matanya dengan perlahan diperhati sekeliling, berbeza tidak seperti biliknya. "aku kat mana ni, ni bukan bilik aku entah entah ar dah........ AAAAAAAAAAAAA TOLONGGGGG" jerit merlissa selepas membuat andaian lalu dia bangun dari baring nya ingin melangkah ke pintu bilik itu hendak melarikan diri.

"KTAKKKKK!!!! "pintu tersebut terbuka dengan sendiri nya dan orang yang membuka pintu tersebut ialah lelaki dia ialah aryan."Ehh lissa awak dah bangun, awak okay tak? Saya minta maaf sebab buat awak macam tuw sumpah saya takde niat saya cuma nak awak jauhkan diri daripada saya itu je maafkan saya, kerana awak tidak akan selamat dengan saya"ujar aryan yang berada di hadapan pintu itu dengan panjang lebar ayatnya dilemparkan kepada merlissa yang berada di hadapan nya.

"AR AWAK BUAT APA DEKAT SAYAA JANGAN CAKAP AWAK DAH SENTUH SAYA, AWAK BAWAK SAYA DEKAT MANA NI SAYA NAK BALIK TEPI " laung merlissa kepada aryan yang berada dihadapan pintu bilik yang berada tidak jauh daripada nya.

"awak jangan salah faham saya takde buat apa-apa dekat awak,ni rumah saya tadi awak pengsan saya tak tahu nak buat apa jadi saya bawak awak balik rumah saya sumpah saya tak buat apa-apa percayalah lissa"bilang aryan sambil tangan nya diangkat tanda sumpah mukanya serious dan aryan melangkah mendekati merlissa di hadapan nya namun merlissa pantas undur ke belakang dan terduduk di atas katil semula.

"Ar hantar saya balik, saya nak balik saya dah okay awak tak perlu risaukan saya dan lagi satu kenapa awak bawak saya balik ke rumah awak sedangkan awak suruh saya jauhkan diri daripada awak kenapa awak tak biar je saya mati dekat situ awak...."dengan pantas aryan memotong ayat merlissa kerana dia tidak sanggup lagi mendengar kata-kata yang leluar dari mulut merlissa itu.

"kenapa awak cakap macam tuw saya takkan biarkan awak mati even you're not mine you still my (girl)"ujar aryan penuh selamba lalu dia melabuhkan punggung nya bersebelahan merlissa. "listen saya ada sebab saya sendiri kenapa saya buat macam ni saya taknak hilang orang yang saya sayang"kata aryan lalu mengambil tangan merlissa dan dikucupnya perlahan."awak jangan nak merepek lah ar lepaskan tangan saya and what sayang awak jangan ingat saya bodoh saya dengan awak takde apa-apa hubungan dan saya tak kenal awak saya baru je jumpa awak, so jangan sebut perkataan tuw kalau tak ikhlas saya tak nak dengar apa-apa lagi daripada mulut awak sekarang ni saya nak balik fatihah dengan keisha mesti dah tunggu saya mesti diorang risau "kata merlissa kepada aryan lalu dia bangun dari duduk nya namun aryan merentap perlahan tangan nya dia terkejut dan terduduk kembali di atas katil tersebut.

"saya tak tipu saya tak pernah tipu dengan kata-kata yang saya lemparkan terhadap awak semuanya benar saya memang sayang awak, saya pun tak tahu kenapa saya jadi macam ni saya dah jatuh cinta mungkin, dan mungkin bagi awak benda ni kedengaran gila tapi saya nak awak tahu yang saya ikhlas dan saya telah jatuh cinta terhadap awak sejak pertama kali saya jumpa awak. mata awak mencuri hati saya, kata-kata awak menenangkan saya,kesakitan awak melemahkan saya dan semua tentang awak menarik perhatian saya, malah tidak bersama awak walaupun satu saat boleh menggilakan saya tolong percaya kan saya " kata-kata aryan membuat merlissa kaku seperti patung berada di sebelahnya.

"awak jangan nak mempermainkan saya, saya tak suka kalau betul awak suka saya kenapa awak minta saya supaya jauhkan diri dari awak kenapa?saya sedih bila awak layan saya endah tak endah semasa di U tadi, hati saya sakit bila awak buat macam tuw dekat saya kenapa saya tak layak ke berkawan dengan awak saya cuma nak berkawan dengan awak dan saya rasa selamat berada di samping awak "kata-kata yang telah merlissa lemparkan kepada aryan membuat aryan berasa sayu dan senyuman hambar dihadiahkan buat merlissa.

"saya ada sebab sendiri kenapa saya buat begitu saya taknak awak bahaya berada di samping saya, saya takut hilang orang yang saya sayang Ya mungkin kedengaran gila tapi saya memang sayang awak saya rasa seperti ingin memperisterikan awak tapi saya tahu saya tak layak dan takkan pernah layak untuk memiliki perempuan sebaik awak Aurora merlissa "ujar aryan dengan nada penuh sayu dan mata nya berkaca-kaca.

BELAIAN JEJAKA DINGINWhere stories live. Discover now