Part 6

1.1K 96 1
                                    

Knock!

Knock!

"Masuk..."laung Xiana sambil memandang skrin ipad menyentuh itu dan ini padannya.

Seorang lelaki bersut berjalan masuk kemudiannya dia berdiri di pintu itu untuk benarkan orang yang seterusnya masuk ke dalam.

"Hello mother."sapa Kendrik dengan senyuman boyish di bibir.

Kepala Xiana tersentak dari bacaannya untuk menyambut kedatangan anak bongsunya. "Kendrik? Kenapa tak beritahu ibu kamu nak ke sini?"

Kendrik hanya tersenyum taktala mendekati sofa berhadapan dengan Xiana lantas duduk di situ.

"Saja...nak suprisekan ibu."jawabnya sambil tu.

Xiana yang dengar tersenyum lantas menggeleng kepala. "Beritahu ibu apa yang kamu tengah rancangkan ni?"soal dia yang sedia faham akan tingkah Kendrik. Anak lelakinya yang satu ni mesti mahukan sesuatu dari dia.

Kendrik hanya juihkan dagu ke arah pintu. "Ibu tengok la sendiri..."

Kening Xiana berkerut tak faham. "Ada apa dekat pintu tu?"tanya dia sambil toleh ke arah pintu semula.

Dan pandang saja ke pintu itu, lelaki bersut tadi buka pintu itu luas-luas lalu mendedahkan Athena yang berdiri di situ.

Dengan kening terangkat tinggi, Xiana bangun dari duduknya lalu menekup mulut kerana terkejut. Mulanya dia senyum namun kemudiannya menangis sebab terlalu gembira.

"Hai.."senyum Athena dengan serba salah. Lamanya dia tak jenguk Xiana. Kali terakhir dia jumpa pun masa wedding Aria. Lepas tu tak lagi.

Xiana yang sedang menangis itu hulur tangan hendak memeluk Athena. "Kamu tak apa-apa." nangis dia dengan sebak.

Tanpa membuang masa, Athena dapatkan Xiana lalu memeluk wanita itu dengan senyuman lega di bibir. "Sorry sebab baru datang jenguk."

Kendrik topang kepala dia pada head rest sofa sewaktu perhatikan pertemuan dua beranak itu. "Kau hutang aku 100$.."selorohnya sambil tu ke Athena.

Athena jeling tak puas hati ke Kendrik. Time ni jugak ke nak tanya? Tak nampak ke dia tengah feeling sekarang ni?

Faham apa makaud renungan itu, dia bersuara."Asal?Kau yang sendiri nak bet kan..."Kendrik jungkit bahu tak peduli. Yalah tadi masa dia jemput Athena dengan helikopter dari pangkalan Blue House sendiri, Athena rancang nak buat bet dengan dia, sama ada Xiana akan maki hamun Athena atau menangis sebaik saja nampak Athena. Dan dia menang sebab taruh pada kemungkinan yang ibu mereka akan menangis.

Athena julingkan mata menyampah tidak pedulikan Kendrik. "Ibu sihat?"tanya dia saat jarakkan diri.

Xiana pegang kedua-dua belah tangan Athena lalu menilik Athena dari atas ke bawah. "Syukur la kamu tak apa-apa..kamu tau tak betapa risaunya ibu lepas dapat tahu kamu hilangkan diri...ke mana saja kamu pergi selama dua tahun ni?"

"I'm fine...just taking some fresh air here and there." angguk Athena bersama senyuman lebar di bibir.

Xiana tarik Athena ke dalam pelukan semula lalu mengucup tepi kepala tu.

"Ibu..."panggil Athena dengan kerutan di kening. "Lepas ni Athena kena pergi lagi." maklumnya dengan nada murung.

Terpempan Xiana dibuatnya. Dia pandang tak percaya ke arah pintu lalu tolak Athena jauh dari dia.

"Apa kamu kata?"tanya dia sewaktu menatap wajah Athena dengan kening mencerlung.

Mata Athena tunduk memandang ke lantai. Dia tahu, tak patutnya dia tinggalkan semua orang untuk masa yang panjang secara tiba-tiba kemudian muncul tiba-tiba dan pergi semula secara tiba-tiba macam ni.

"Maafkan Athena..."dia angkat matanya untuk memandang Xiana semula. "Selagi Athena terlibat dalam bidang ni Athena tak boleh nak lari ke mana-mana selain kematian yang menjemput Athena terlebih dahulu."ujarnya dengan serius.

"Please honey...stay with me for a while." minta Xiana sambil capai tangan kanan Athena dengan kedua-dua belah tangannya.

Athena beri senyuman serba salah pada Xiana. "I wish I can do that...but I can't. Maafkan Athena ibu."Athena tarik Xiana semula ke dalam pelukan lantas memejam mata saat benamkan wajahnya di bahu itu.

Xiana teresak-esak sedih kerana risau akan keselamatan anaknya. Dia dah lihat banyak kematian, tapi antara kematian yang menakutkan dia adalah melihat ahli keluarganya sendiri cedera dan tak berdaya. Dan itu adalah perkara terakhir yang dia nak dari berlaku.

Melihat suasana sedih itu Kendrik bangun dari situ lalu menyertai dua orang wanita tu. "Mana syok kalau kau orang berdua je saling berpelukan. Ken pun nak join sekali."dia peluk erat dua tubuh tu.

Athena ketawa kecil dengan tindakan Kendrik. "Spoilt la kau ni..."komen dia.

Kendrik rehatkan pipi dia ke bahu Athena. "Careful."mintanya dengan nada berbisik.

Athena yang dengar hanya termenung memandang ke satu arah.

Dia tak janji dia boleh balik hidup-hidup.

Tapi dia boleh janji dia akan selesaikan semua ni sebelum dia hembuskan nafas terakhir.

"Aku janji."balas Athena.

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now