Part 73

993 70 0
                                        

Knock!Knock!

"Masuk..."

Pintu bilik terbuka ke dalam sewaktu seorang lelaki berjalan masuk lalu mendekati Kendrik yang berada di penjuru bilik sedang menelaah dan menyiapkan assignment.

"Tuan Muda...maaf kerana menggangu."ucap pengawal keselamtan itu.

Kendrik angkat kepala dari menulisnya lalu pandang ke pengawal depan meja. "Ya saya?"sambutnya.

Pengawal tu kemudiannya tersenyum senang. "Cik Athena dah sampai.."ujarnya.

Dengan laju Kendrik bangun dari situ hingga buatkan kerusi yang dia duduk meluncur ke belakang. "Hah?Athena dah sampai?Mama tahu tak?"tanya dia.

"Belum...saya maklumkan pada tuan muda dulu..mana tahu cik dan tuan muda nak suprise Puan Xiana..."jawab pengawal tu dengan senang hati sebab tahu dua beradik ni sangat rapat.

Seperti anak kecil, Kendrik cepat-cepat keluar dari belakang meja tu. "Good...bawa saya ke Athena sekarang."arahnya semasa berjalan.

Pengawal tersebut beri laluan dan buka pintu untuk Kendrik sebelum bawa Kendrik dimana Athena berada.

Sebaik saja keluar dari bangunan tu,  kepala Kendrik paling kanan dan kiri dengan tidak sabar sebelum lelaki tu ternampak akan kelibat Zach dari jauh. Setelah lelaki tu gerak ke tepi baru la dia nampak Athena sedang berdiri di belakang Zach, tunduk membetulkan kasut sambil memegang tangan seorang lelaki.

"Athena!"panggil Kendrik dengan teruja sambil berjalan laju ke arah itu.

Zach dan lelaki sebelah Athena yang pandang dulu ke Kendrik. Baru la Athena lepas dia berdiri tegak semula.

Tiba saja di situ, Kendrik terus dapatkan Athena dan tarik kakakbya  itu ke dalam pelukan beruangnya. "You back!"ucapnya semasa peluk. Syukur la semuanya dah selesai dan Athena pulang dengan selamat.

Athena yang di peluk hanya balas pelukan itu sambil ketawa. Sayang sungguh Kendrik pada dia. Dah macam apa pulak."Gembira betul kau eh?"tepuknya pada lengan Kendrik.

"Of course la aku happy..."Kendrik lepaskan pelukannya dari Athena lalu kucup dahi itu sebelum jauhkan diri. "Bagus la kau tak apa-apa."ujarnya setelah itu.

Ryder dekat situ pandang menyampah dengan tindakan Kendrik. Suka hati je peluk cium kepunyaan orang ni!

Lantas Athena pandang ke lelaki yang berada di sebelahnya. "Oh ya...Ken...kenalkan. ini Ryder. Dia la lelaki yang aku ceritakan dekat kau selama ni. Ryder...kenalkan ini Kendrik, adik tiri sama ibu, aku."aju Athena pada Ryder lalu ke Kendrik pula.

Mendengar akan hal itu, dia pandang ke lelaki sebelah Athena. Kendrik lirik penampilan lelaki tinggi segak dan beraura kuat depannya dengan renungan skeptical. "Oh...dia ke...well tengok muka pun dah tahu suka buat masalah." selorohnya dengan selamba. Menyampah!

Athena yang dengar geleng kepala sambil tersenyum. "Tak baik cakap macam tu." ujarnya.

Sementara Ryder dah sedia nak terkam Kendrik. Memang tak sayang mulut agaknya. Suka hati je nak mengutuk. Mengutuk depan-depan lagi tu.

Kendrik tarik sengih jahat dia masa pandang Ryder. Nasib la. Ingat dia kisah kalau kekasih Athena sentap dengan kata-katanya.

"Maaf mencelah, saya cuma nak beritahu. Puan Xiana ada di biliknya, nak saya iringi cik atau tuan muda mahu lakukannya?"tegur Zach bila perasan suasana di situ agak tegang dan kekok tiba-tiba.

Ketiga-tiga itu pun dengan serentak fokus pada Zach pula setelah mendengar kata-kata tersebut.

Athena baru nak berkata, tapi Kendrik mendahuluinya.

"Tak...kamu hantarkan saja Athena jumpa mama. Saya perlu balik ke bilik semula untuk sambung kerja. Saya turun pun semata nak jumpa Athena je."jawab Kendrik.

Zach beri anggukan satu kali menerima arahan. "Baik tuan muda."

Sambil ketap garis nipis di bibir, Athena pandang tepi muka Kendrik dengan menyampah. Dia baru nak suruh Kendrik yang hantar dia berjumpa dengan mama mereka.

"Jom Ryder..."Athena pegang lengan Ryder sewaktu tarik lelaki tu pergi bersama dengannya dari situ.

Zach yang terlebih dahulu gerak ke depan diekori oleh Kendrik di sebelah. Berborak akan sesuatu pada lelaki tu.

Athena dekat belakang bersama Ryder saling berbisik sesama mereka dengan senyuman gembira di bibir masing-masing.

17. Shadow ThievesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang